Laman Utama
“Saya Masih Kekok Sebab Nak Pegang-Pegang Suami…”- Nana Sheme
Penyanyi Nana Sheme telah selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz kepada pasangannya, Zikri Zakaria dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung Sabtu lalu.
Jelas pemilik nama penuh Nur Nabilah Hashimi, 27, dia akui gementar namun dalam masa sama bersyukur apabila sah bergelar isteri kepada Zikri, 31.
“Alhamdulillah, sewaktu majlis pernikahan segalanya telah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, saya sudah selamat bergelar seorang isteri sekarang.
“Perasaan selepas bergelar isteri membuat saya gementar dan dalam masa sama teruja sebab saya ingin jadi yang terbaik untuk suami.
“Tapi saya masih kekok sebab nak pegang-pegang suami, sebelum ini tak pernah bersentuhan. Insyallah, saya akan cuba sesuaikan diri,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu majlis pernikahan Nana dan Zikri telah belangsung di Damai Central, Kuching, Sarawak yang turut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat pasangan pengantin berkenaan.
Pelantun lagu Hantu atau Buaya itu, selamat dinikahkan oleh jurunikah Khalid Ibrahim dengan berwakil wali oleh bapa kandungnya, Hashimi Alwi.
Menyifatkan Zikri sebagai seorang yang pemalu, Nana turut mendedahkan hasrat suaminya yang ingin melihat dia menjadi seorang isteri sepenuh masa kelak.
“Suami saya seorang yang pendiam, tenang dan pemalu. Selepas kami bernikah dia hanya cakap Alhamdulillah kerana kami berdua telah selamat menjadi suami isteri.
“Dia juga ada simpan hasrat dan beritahu pada saya nanti suatu hari saya dah tak perlu bekerja. Dia mahu saya menjadi isteri sepenuh masa.
“Insyallah, saya secara perlahan-lahan akan belajar tanggungjawab sebagai isteri, saya akan belajar masak dan sebagainya,” tambahnya.
Dalam pada itu, Nana yang manis mengenakan busana serba putih sewaktu majlis pernikahan, telah menerima dua emas dinar sebagai mas kahwin daripada Zikri.
Selain itu, Nana dan Zikri telah memilih pusat perangingan Bali, Indonesia sebagai lokasi berbulan madu mereka.
Must-Watch Video