“Saya Masih Suami Dia, End Of The Day Saya Akan Tidur Dengannya Di Atas Katil” - Syamsul Yusof
"Nak buat macam mana, saya masih sayangkan dia," kata pengarah Syamsul Yusof mengenai perasaannya terharap isteri pertamanya, Puteri Sarah.
Menurut Syamsul, 39, dia mahu menyelamatkan rumah tangganya serta menjalankan tanggungjawab sebagai suami kepada kedua-dua isterinya termasuk Ira Kazar.
"Saya masih nak selamatkan (rumah tangga) lagi. Walau buruk sekali pun isteri saya, tak kisahlah sama ada Sarah atau Ira, dia tanggungjawab saya.
"Saya harus bimbing mereka walaupun saya tidak sempurna, saya tetap kena bimbing dia juga,"katanya kepada Gempak.
Syamsul berkata demikian ketika sidang media khas untuk menjelaskan perkara sebenar dari pihaknya tentang kemelut rumah tangganya yang berlaku selama ini.
Pengarah filem Munafik itu memberitahu dia masih mahu berbincang secara peribadi dan rasional dengan Puteri Sarah kerana tidak suka dengan cara isterinya menghebohkannya di media sosial seperti ibarat membuka aib mereka.
"Saya masih mengharapkan lagi untuk kita berbincang macam mana. Bukan dengan cara pergi mahkamah dan uar-uarkan di media sosial.
"Ada jalan yang lebih baik daripada kita nak terus membuka aib sesama sendiri. Ini bukan satu pertandingan (hal rumah tangga).
"Cerita rumah tangga, urusan dalam kain. Macam seronok sangat. Adakah ini satu hiburan kepada Sarah?
"Dan, jangan lupa saya masih suami dia lagi walau apapun, end of the day, saya akan tidur dengan dia di atas katil, dengan dia (Sarah). Bukan dengan wartawan, bukan dengan netizen," ujarnya.