Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Saya Masuk Lambat Dalam Dewan Bersalin Sebab…”- Issey Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Syafiqah Jalal 01/09/2021 | 00:56 MYT
Penyampai radio Gegar, Issey Faszlisham selamat menimang cahaya mata pertama pada jam 1.48 petang semalam.
Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64, semalam, Issey turut menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kelahiran puteranya.
“Kamu telah merdeka dari perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama.
“Puteraku, semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga, agama dan negara . Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak Merdeka,” katanya.
Issey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Issey turut memuat naik foto dan video momen-momen menyambut cahaya mata sulungnya.
Iseey turut memaklumkan di dalam rakaman video itu, isterinya Noor Aimi Jamel dimasukkan terlebih dahulu dan dia terpaksa menunggu di luar seketika kerana mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP).
“Pada jam 7.38 pagi Aimi masuk ke dewan bersalin…Issey kena masuk lambat (sebab) SOP.
“Sambil-sambil tu layan sambutan Hari Kemerdekaan di televisyen. Pada 1.38 petang selamatlah lahir anak merdeka,” katanya.
Issey dan Aimi bernikah pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan. Aimi mempunyai tiga orang anak dari perkahwinan terdahulu, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

#Anak #Penyampai radio #Bersalin #Isteri #GEGAR #Issey
;