Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Memang Berusaha Mengisi Jawatan Itu" - Rafi Nak Ganti Tempat Sheila Sebagai Pengerusi RPM

ZULHILMI JALIL
01/12/2020 08:40 MYT
Isu melibatkan badan pelesenan Recording Performers Malaysia (RPM) berhubung kedudukan Datuk Seri Sheila Majid sebagai pengerusi dipandang serius ahli-ahlinya.

Terbaharu, komposer dan pemuzik, Mohd. Rafi Shafie, 51, yang juga merupakan ahli RPM, mendakwa pucuk pimpinan utama badan tersebut gagal menggalas tanggungjawab sehingga berdepan masalah agihan royalti kepada ahlinya.

Bahkan, menurut Mohd. Rafi, dia turut menawarkan diri untuk menggantikan tempat Sheila selaku pengerusi yang dianggap tidak kompeten.

"Kalau dia menganggap ini satu ancaman, ya ini satu ancaman. Saya memang berusaha untuk mengisi jawatan itu," katanya pada siang media yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Menurut Mohd. Rafie dia juga pernah mencabar kedudukan Sheila selaku presiden pada 2017, namun dirinya dipersoal mengenai kredibilitinya.

"Sebelum ini saya pernah mencabar pengerusi, tapi beliau bertanyakan apa latar belakang saya. Tak perlu umum tahu siapa saya, tetapi cukuplah 100 peratus ahli kenal saya.

"Saya cukup pengalaman nak menerajui RPM. Konsert dia (Sheila) pun saya main. Datuk Sheila Majid, saya mampu menggantikan anda," katanya yang sudah tiga dekad dalam industri muzik.

Terdahulu, Karyawan turut mendesak agar Sheila Majid melepaskan jawatan ekoran dakwaan bahawa dirinya gagal menjalankan tanggungjawab berhubung isu agihan royalti.

BACA: "Kalau Gagal Saya Akan Lompat Dalam Laut...Get Out!" - Freddie Fernandez Nak Jumpa Perdana Menteri Jika Sheila Enggan Letak Jawatan

Bahkan, baru-baru ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia turut menjalankan siasatan berhubung dana kutipan royalti kepada empat badan pelesenan termasuk RPM.

BACA: SPRM Serbu Empat Pejabat Badan Pengurusan Royalti Artis

Sehingga kini RPM yang diterajui Sheila sejak 2012 mempunyai seramai 1,868 ahli berdaftar.

#Sheila Majid #RPM #Pengerusi #Rafi
;