HIBURAN
"Saya Memang Dah Tiada Hati..." - Bekas Suami Takkan Rujuk Balik Dengan Zehra Zambri
Lima bulan turun naik mahkamah syariah, bekas suami kepada penyanyi Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin meluahkan rasa lega apabila urusan perceraian mereka akhirnya selesai.
Jelas Mohd Iqwan, meskipun perceraian bukan hal yang mudah, namun dia reda dengan keputusan itu memandangkan bercerai juga permintaan Zehra.
“Kita cuba juga berbincang sebelum ini tapi tak jumpa kata sepakat bagi kedua-dua belah pihak.
“Jadi Alhamdulillah hari ini saya dah tunaikan janji untuk melafazkan cerai terhadapnya,” katanya kepada Gempak.
Mohd Iqwan berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada pagi Rabu.
Dalam pada itu, Mohd Iqwan menegaskan dia tidak lagi menyimpan sebarang perasaan terhadap Zehra.
Malah Mohd Iqwan juga menolak sebarang kemungkinan untuk rujuk kembali dengan bekas isterinya itu.
“Cuma perceraian adalah jalan yang terbaik untuk kami, insya-Allah,” ujarnya.
Pada pagi Isnin, Mohd Iqwan sah bercerai talak satu dengan Zehra melalui talak rajie di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain.
Sebelum ini, Zehra memfailkan permohonan cerai pada 7 Mac lalu secara fast track selepas mendakwa berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.

“Tidak ada rasa berat hati sebab dah lima bulan kes kami berlangsung, kemudian permintaan tu daripada Zehra sendiri.
“Kita cuba juga berbincang sebelum ini tapi tak jumpa kata sepakat bagi kedua-dua belah pihak.
“Jadi Alhamdulillah hari ini saya dah tunaikan janji untuk melafazkan cerai terhadapnya,” katanya kepada Gempak.
Mohd Iqwan berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada pagi Rabu.
Dalam pada itu, Mohd Iqwan menegaskan dia tidak lagi menyimpan sebarang perasaan terhadap Zehra.
Malah Mohd Iqwan juga menolak sebarang kemungkinan untuk rujuk kembali dengan bekas isterinya itu.
“Saya memang dah tiada hati pada dia. Tiada niat, ruang ataupun peluang untuk berbaik dengan Zehra.