Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Saya Memang Hamil Kembar Tapi…”- Isteri Aliff Syukri

Syafiqah Jalal 08/05/2019 | 08:34 MYT
Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida akui dia kini hamil anak kembar tetapi disebabkan pendarahan yang dialami menyebabkan kemungkinan salah satunya keguguran.
Nur Shahida berkata bagaimanapun seorang lagi bayinya dalam kandungannya masih dalam pantauan.
Ibu kepada empat orang anak itu meminta agar semua mendoakan kesihatan bayi dan dirinya.
[BACA: Dugaan 2 Ramadan, Aliff Syukri Mohon Doakan Kandungan Kembar Isteri Selamat]
“Alhamdulillah terima kasih pada semua yang prihatin DM dan whatspp saya.... terlalu banyak saya tak sempat nak balas....
“Saya memang hamil kembar tapi salah satunya dah alami pendarahan semalam dan mungkin keguguran.
“Mungkin saya sendiri yang terlalu aktif. campur macam-macam benda yang berlaku seminggu dua ni jadi saya memang agak sibuk dan stress... . satu lagi baby masih ada... Alhamdulillah nampak sihat dan masih juga dalam pantauan...
“Terima kasih pada semua yang mendoakan...” tulisnya.
Shahida berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.
Aliff yang mengahwini Shahida pada Ogos 2007 telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 da Yusoff Al Qardawi, 1.
Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

Alhamdulillah terima kasih pada semua yg prihatin dm dan whatspp saya.... terlalu byk saya x sempat nak balas.... . Saya mmg hamil kembar tapi salah satunya dah alami pendarahan semalam dan mungkin keguguran?? . mungkin saya sendiri yg terlalu aktif. campur mcm2 benda yg berlaku seminggu dua ni jadi saya mmg agak sibuk dan stress... . satu lagi baby masih ada... Alhamdulillah nampak sihat dan masih juga dalam pantauan... . terima kasih pada semua yg mendoakan...

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

;