Berita

"Saya Memang Mahu Berkahwin Muda, Mungkin Kerana ....." - Fara Hezel Bersedia Bergelar Seorang Isteri

gempak
Rozaimi Zubaidi
10/07/2019
03:44 MYT
Sponsor Banner
"Saya Memang Mahu Berkahwin Muda, Mungkin Kerana ....." - Fara Hezel Bersedia Bergelar Seorang Isteri
Kakak kepada penyanyi Aiman Tino, Fara Hezel, 23, mengakui bersedia untuk mendirikan rumah tangga walaupun usianya masih muda.
Menurut Fara, dia mahu mengikut jejak kedua ibu bapanya yang mendirikan rumah tangga dalam usia yang muda.
"Saya memang mahu berkahwin muda, mungkin kerana ibu bapa juga berkahwin pada usia seperti saya sekarang.
"Jadi, saya tidak rasa umur 23 hingga 25 tahun terlalu muda untuk bergelar seorang isteri.
"Saya sudah terbiasa hidup dalam keluarga besar. Jadi, saya mahu ada keluarga sendiri secepat mungkin," katanya kepada Gempak.
Fara berkata demikian ketika majlis sambutan ulang tahun kelahiran Aiman Tino, di Dewan T.K.R, Klang, baru-baru ini.
Sebelum ini, Fara mengakui telah berpisah dengan kekasihnya selepas hampir dua tahun menjalinkan hubungan percintaan akibat tidak mempunyai persefahaman.
Fara juga pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi Erry Putra namun hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga masing-masing.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live