Kemeriahan majlis resepsi pelakon Ummi Nazeera, 27, dan suaminya, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato' Sri Abdul Khani, 30, pada 5 Ogos lalu sememangnya menjadi perhatian ramai.

Sehingga kini, majlis tersebut masih lagi hangat diperkatakan bermula dengan pelamin, busana cantik yang disarungkan sehinggalah ke acara kemuncak pada malam tersebut iaitu tarian pasangan pengantin.

Ummi berkata, acara tarian itu bertujuan untuk menghiburkan tetamu yang hadir selain menceriakan suasana majlis tersebut.

“Saya memang mahukan ‘bride and groom dance’, bukan apa, kalau boleh saya tidak mahu majlis itu terlalu serius.

“Sebab itu saya adakan segmen tarian, hanya sekadar suka-suka. Saya bukanlah pandai menari jadi saya dan suami ambil masa tiga hari untuk berlatih menari,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Majlis resepi Ummi dan Izzar telah berlangsung di hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Di sini Astro Gempak kongsikan sedikit sedutan majlis resepsi Ummi dan Dr.Izzar.

Part 3. Ramai minta full dance video . Okay laaa ummi belanja my fans .. love u guys ! Always by my side . Thanks to my brother @nazreemmusa , my family @kingmusas @mulyamukhlisah @imaninajid_ @marha.aida ,my friends @neiryhisham @zeehpnamhto @saifimran @imanmohamedosman8 semua join masa flash mob ? ?????? #mrimissesu #Gengmeroyanpssnr Lighting @laskarsonas

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on