Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Saya Memang Malas Layan Tong Kosong Tak Ada Isi” – Ramli MS

Khairil Khusyairi 26/12/2024 | 08:50 MYT
Maestro muzik Datuk Ramli MS tampil memberi respons terhadap kenyataan penyanyi senior Man Bai yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai ketua juri di Gegar Vaganza (GV).

Kenapa Tak Complaint Dari Dulu?

Menurut Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram itu turut mempersoalkan tindakan penyanyi tersebut yang mengkritik format pertandingan GV.

“Ia realiti program, konsep dan semua content program adalah berlainan. Macam-macam content.

“Tapi kenapa GV11, complaint lah dari GV1,” katanya kepada Gempak.

Malas Layan Tin Kosong

Tambah Ramli selaku ketua juri itu lagi, dia enggan melayan komen-komen tidak berasas yang dilemparkan pelantun lagu Kau Ilhamku itu.

“Sebenarnya saya memang malas nak layan tong-tong kosong ini.

“Dia ketuk dalam bunyi tak ada isi, malas nak melayan.

“Saya malas nak layan, thank you,” tegasnya.

Terdahulu, Man Bai mendakwa GV bukan platform terbaik untuk penyanyi selain mengkritik format pertandingan yang dikatakan menjatuhkan dan memalukan peserta yang bertanding.

Lebih panas, Man Bai turut mempertikaikan kredibiliti Ramli selaku ketua juri apabila tidak menobatkan penyanyi Liza Aziz sebagai peserta terbaik pada minggu keempat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Tidak Rasa Gegar Vaganza Malukan Artis" - Ella

ARTIKEL BERKAITAN: “Niat Kami Bukan Untuk Memalukan” - Datuk Syafinaz Selamat Jelaskan Tugas Juri Menilai & Beri Input

ARTIKEL BERKAITAN: “Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu” - Shila Amzah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Pernah Rasa Dimalukan Bila Dijuri Oleh Tok Ram” - Farahdhiya Percaya GV Platform Terbaik Untuk Cabar Diri

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob Anggap GV ‘Pembuka Rezeki Baru’, Komen Pedas Juri Amat Diperlukan - “Itu Bukan Memalukan, Itu Ilmu Termahal”

#Gegar Vaganza #Datuk Ramli MS #Juri #Man Bai #Kritik #Kredibiliti #Tin kosong
;