Pelakon Datuk Adi Putra pertama kali memuat naik fotonya memberi sumbangan kepada yang memerlukan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Adi dia tidak kisah jika kebaikkan yang dilakukan itu dituduh seperti mahu menunjuk atau dikecam netizen.

“Sejak PKP, tak pernah nak muat naik gambar (beri sumbangan) tapi hari ni nak muat naik.

“Seperti di ungkap Ustaz Ebit Lew @ebitlew “Saya memang Menunjuk”, ada sesiapa nak kecam? Mari tampil ke depan. Cubit peha kiri, peha kanan terasa,” tulisnya.

Adi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Adi memuat naik foto ketika memberi sumbangan.

Rata-rata memuji sikap Adi dan mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.

Terdahulu, usaha Ebit Lew membantu golongan susah telah disalah erti oleh banyak pihak sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.


BACA: Tinggal Di Rumah Yang Berbau & Kotor, Ebit Lew Nangis Tengok Kehidupan Pakcik Stroke Bersama Belasan Anak

Sejak PKP tak pernah nak Upload tapi hari ni nak UPLOAD. seperti di ungkap UEL @ebitlew “Saya memang Menunjuk”, Ada sesiapa nak kecam? Mari tampil DEPAN. Cubit peha kiri peha kanan terasa. ☝️ #taatpadayangsatu #allahsayang #maahadtahfizdhiyaulislah

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra) on