Hiburan

“Saya Memang Penakut!” – Reen Rahim Cabar Diri Bintangi Town Mall

gempak
Kamaruddin Razal
24/06/2020
11:16 MYT
Sponsor Banner
“Saya Memang Penakut!” – Reen Rahim Cabar Diri Bintangi Town Mall
Pelakon Reen Rahim akui dirinya seorang yang penakut dan tidak gemarkan naskhah berunsur seram.
Namun begitu, Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim mencabar dirinya untuk membintangi filem Town Mall.
Filem ini bakal bersiaran di Astro First bermula 25 Jun ini.
“Saya memang penakut! Saya tak suka sebenarnya cerita seram-seram ke, cerita misteri ke… Kalau boleh saya nak elak untuk tonton cerita sebegitu.
“Namun begitu, sebagai seorang pelakon, saya mencabar diri untuk membintangi naskhah Town Mall. Lebih-lebih lagi bila saya membaca mengenai karya ini, ia sangat menarik dan merupakan adaptasi dari novel popular.
“Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya membawakan watak Akma dan saya teruja untuk menantikan reaksi penonton,” kata Reen.
Tambah Reen lagi,dia juga gementar menunggu respon peminat dan penggemar filem tempatan kerana sebelum ini filem Syif Malam Raya lakonan Reen yang ditayangkan di Astro First mendapat sambutan sangat baik.
“Sebenarnya saya rasa gemuruh kerana filem sebelum ini berjaya menambat hati penonton. Apa yang boleh saya katakan, novel ini mempunyai peminat tersendiri.
“Siapa yang sudah baca novel Town Mall mesti tahu kisahnya bagaimana. Jadi, karya ini sudah ada peminat tersendiri. Saya harap ia dapat menarik peminat lain dan mahu melanggan filem ini di Astro First,” katanya lagi.
Selepas kejayaan Manap Karaoke, Syif Malam Raya dan Ada Apa Dengan Dosa yang mencipta fenomena tersendiri, Astro Shaw bakal membawakan filem Town Mall ke pawagam rumah anda!
Filem ini merupakan hasil adaptasi novel seram popular berjudul sama karya novelis Hasrudi Jawawi.
Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem terbabit selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Town Mall, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live