Peserta program realiti Suara Viral, Boy mengakui mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan penyanyi yang juga bekas protege Amy Search, Sarah Fazny.

Begitupun, di sebalik hubungan akrab itu, Boy atau nama sebenarnya, Mohd. Firdhaus Mahadzir, 32, mendedahkan Sarah itu sebenarnya merupakan adik perempuannya.

"Sarah tu sebenarnya adik kesayangan saya. Dia memang sangat rapat dengan saya. Apa-apa mesti dia akan cari saya.

"Bahkan, kalau kami keluar berdua, orang sangkakan kami ini pasangan kekasih. Ada juga ingat saya ingat saya ini suaminya. Jadi, orang pun takut nak ngorat dia," kata Boy ketika dihubungi Gempak.

Menurut Boy lagi, Sarah juga merupakan individu yang banyak memberikan sokongan dan galakan untuknya menceburi bidang nyanyian.

"Sarah yang banyak beri tunjuk ajar sebab dia lebih berpengalaman dalam dunia nyanyian.

"Cuma, saya je yang tak suka nak canang yang Sarah itu adik saya. Biarlah saya berdiri sendiri atas bakat saya tanpa guna nama sesiapa," katanya yang merupakan anak sulung daripada 15 adik-beradik.

Sebelum ini, Sarah yang pernah tampil dengan lagu hit Tak Mungkin merupakan penyanyi kelahiran program Mentor Legend pada 2015.



Boy yang bekerja sebagai kru teknikal antara 10 peserta yang bakal berentap di pentas program realiti terbaharu, Suara Viral bermula 17 Jun ini.

Sekadar mencuba ,walau keadaan suara bkn dlm kondisi terbaik yg pntg aku buat sehabis baik.. Alhamdulillah berjaya le stage 3, doakan aku gaiss agar terpilih dlm sesi tapisan nnt.. ? #peneman #hazama #idola #suaraviral #boybachcover #cover #astro

A post shared by Mohd Firdhaus Mahadzir (@boybach) on


Suara Viral merupakan sebuah program realiti yang mencungkil bakat dalam kalangan mereka yang mempunyai kerjaya tersendiri, antaranya polis dan tentera, namun memiliki bakat dalam bidang nyanyian.

BACA: Polis, Tentera, Abang Rider Antara 10 Peserta Suara Viral, Wajib Layan, Memang Padu!



Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) setiap Rabu bermula 17 Jun ini pada pukul 9 malam.

Selain itu, penonton boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang bermula 15 Jun ini.

Penonton juga serta boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.