"Saya Memasak Je Lah, Berlakon Nanti Dulu" - Chef Naem Tak Sedia Lagi Jadi Hero TV, Banyak Kali Tolak Offer
Amri Hassan
07/03/2022 07:55 MYT
07/03/2022 07:55 MYT
Cef selebriti, Chef Naem Ramli mengakui masih belum bersedia untuk terjun ke bidang lakonan biarpun beberapa kali ditawarkan untuk berlakon.
Setia dalam dunia kulinari, kata Naem atau nama sebenarnya Muhammad Naim Ramli, 29, dia mahu memberikan prioriti dalam bidang yang diceburinya ketika ini sebelum sibuk dengan komitmen lain.
"Jujurnya dalam banyak-banyak tawaran, saya pernah juga ditawarkan watak hero, tetapi sekali pun tak pernah terima kerana bagi saya, kalau nak berlakon kita kena buat persediaan rapi seperti masuk kelas lakonan walaupun sudah mahir.
"Kita tahu kemampuan diri kita. Tapi tak bermaksudlah saya tak nak cuba. Mungkin saya akan berlakon, cuma bukan sekarang.
"Buat masa ini, fokus saya adalah dalam bidang masakan," ujarnya yang ditemui pada majlis prarasa bufet Ramadan Le Meridien Putrajaya yang bertemakan Destinasi Rasa baru-baru ini.
Juara program masakan Hero Oven musim pertama itu pula bagaimanapun berhasrat dan memasang impian untuk mempunyai sebuah program masakan sendiri suatu hari nanti.
Platform itu kata Naem demi memperkenalkan masakan asli Melayu kepada generasi muda.
"Tanggungjawab cef selebriti ini bukan setakat keluar televisyen, sebaliknya perlu main peranan tersendiri.
"Bukan untuk kejar populariti, tetapi kena jadi penyambung legasi memperkenalkan masakan tradisi Melayu secara meluas," tambahnya.