Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad dilihat meluahkan perasaan terhadap individu yang suka menyusun atur kehidupan selebriti pujaan hati mereka.

Menurut Uyaina, 28, apa yang ingin dilakukan dan dikongsikan bukan untuk memuaskan hati semua pihak.

"Lucunya bila ada sesetengah individu digelar 'peminat dan pengikut' yang gemar menyusunkan kehidupan artis kegemaran mereka.

"Dengan siapa kita perlu pilih untuk bersama, apa yang kita perlu dan tak perlu kongsi di media sosial bukan untuk memuaskan hati anda," tulisnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah kicauan di laman Twitter miliknya pada Ahad lalu.

Tegas pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu, dia tidak akan menuruti dan ingin meneruskan kehidupan yang diimpikan.

"Benci dengan semua yang anda mahukan. Saya tidak akan terganggu dengan perkara itu. Saya mempunyai kehidupan untuk diteruskan," tulisnya lagi.Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju di samping memberi semangat kepada Uyaina untuk mencapai matlamat yang diinginkan.

"@situdungperiuk: Sokong kak Yana. Peminat tak payah campur hal peribadi.

"@moonchaengi: Elakkan dari peminat toksik kak Yana. Fokus pada matlamat anda seterusnya," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Sebelum ini, Uyaina mencuri tumpuan warganet selepas didakwa sedang berkawan rapat dengan penyanyi dan bintang Dansa dan Sing, Raja Syahiran.

Menguatkan lagi khabar angin, mereka tampil berdua ke majlis resepsi perkahwinan Mira Filzah dengan menyarungkan busana sedondon.

BACA: Uyaina Arshad & Raja Syahiran Hangat Bercinta... Ye Ke?

BACA: Sedang Kenal Hati Budi, Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad