Hiburan

"Saya Menangis Bila Dengar Imam ..." - Vivy Yusof Sebak Kerana Malam Pertama Tarawih

gempak
Amri Hassan
06/05/2019
04:09 MYT
Sponsor Banner
"Saya Menangis Bila Dengar Imam ..." - Vivy Yusof Sebak Kerana Malam Pertama Tarawih
Ramadan tiba dan malam tadi menjadi malam pertama umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah solat sunat Tarawih.
Begitu juga usahawan wanita popular Vivy Yusof yang turut berkongsi cerita menyentuh hati selepas selesai mendirikan solat sunat Tarawih malam tadi.
Dengan memuat naik sekeping foto kabur, ujar Vivy bagaimanapun ia merupakan momen berharga dan paling bernilai bagi dirinya.
"Foto kabur ini bukannya layak untuk diletakkan dalam Instagram tetapi ia sangat bermakna buat diri saya.
"Saya memegang tangan suami saya selepas kami selesai menunaikan solat sunat Tarawih pertama tahun ini," tulisnya menerusi entri di Instagram.
Kata Vivy lagi, keindahan malam pertama Tarawih diserikan dengan pelbagai nikmat dari Allah.
"Saya menangis apabila imam mula mendirikan solat, tak tahu kenapa. Mungkin kerana perasaan syukur, mungkin perasaan taubat, mungkin perasaan untuk menjadi anak yang terbaik buat ibu bapa saya, entahlah.
"Tetapi saya rasa sangat tenang mendirikan solat pada malam ini dan ianya menggembirakan.
"Kemudian, saya melihat seorang lelaki kacak sedang menunggu saya dengan senyuman untuk mengajak saya pulang ke rumah, ah indahnya. Saya cium tangan dia," tambahnya.
Vivy turut berharap agar dapat menjadi insan yang lebih baik sempena kedatangan Ramadan dan mendoakan yang terbaik buat pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live