,
Berita

"Saya Menangis Empat Kali" - Penonton Tak Sanggup Tengok Babak Kejam

ZULHILMI JALIL
19/01/2020
04:59 MYT
Filem The Garden of Evening Mists terus mendapat sambutan dalam kalangan penonton selepas mula ditayangkan sejak Khamis lalu.
Naskhah yang memaparkan latar belakang sewaktu penjajahan Jepun di Tanah Melayu itu sememangnya banyak meruntun hati bagi mereka yang menontonnya.
Mana tidaknya, antara babak yang dipaparkan dalam fiulem arahan pengarah Tom Shu-Yu Lin itu termasuklah kekejaman tentera Jepun kepada rakyat di negara ini pada satu masa dahulu.
Bahkan, ada penonton mengakui tidak dapat menahan rasa sedih melihat babak-babak yang merentap emosi mereka sewaktu menonton filem tersebut.
"Saya baru sahaja menonton filem The Garden of Evening Mists. Saya menangis sampai tiga ke empat kali. Ada satu babak yang sangat kejam. Ia merupakan babak pertama yang buat saya menangis sewaktu menontonnya.
"Babak itu dilakukan tanpa ada sebarang bantuan grafik pun, namun, ia masih mengerikan," tulis pemilik akaun Twitter @appapams.
Katanya lagi, babak itu juga membuatkan nafasnya terhenti seketika sewaktu menontonnya. Filem The Garden of Evening Mists memaparkan ikatan kasih sayang dua beradik yang hidup pada zaman penjajahan Jepun.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka melalui pengalaman yang mengerikan sepanjang menjadi tawanan tentera Jepun.
BACA: Serene Lim Ditangkap Tentera Jepun, Jadi Hamba Seks?
Karya yang diadaptasi daripada novel karya Tan Twan Eng itu menampilkan pelakon tempatan, Sinje Lee dan aktor popular Jepun, Hiroshi Abe.
Naskhah terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu sudah mula ditayangkan serentak di tiga negara, Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 16 Januari lalu.
Jadi, bagi mereka yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan filem The Garden of Evening Mists di pawagam berhampiran anda.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Dari Ketua Polis Ke Ketua Dukun! Kemunculan Yusof Haslam Dalam Don Dukun Bikin Ramai Terhibur - “Semua Dah Rosak”

gempak
22/10/2024
12:50 MYT
Penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam mencuri tumpuan apabila bakal muncul dalam filem Don Dukun.
Filem

Jadi Pegawai Polis, Penunggu Rimba… Dukun Pun Boleh! Ini 5 Filem Zul Ariffin Yang Wajib Anda Tonton

gempak
21/10/2024
11:55 MYT
Siapa yang tak kenal dengan aktor popular, Zul Ariffin. Sudahlah sasa, kacak pula. Memang pakej lengkap yang menjadi pujaan ramai.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Don Dukun

gempak
19/10/2024
04:00 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Don Dukun
Hiburan

Teruja Tonton Filem Biografi Rossa, Siti Nurhaliza Beri Bayangan Bakal Buat ‘Kejutan’ Sempena 30 Tahun Dalam Industri - “Mungkin Dapat Inspirasi, Bahan Semua Dah Kumpul..”

gempak
17/10/2024
21:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa teruja apabila dijemput untuk menghadiri malam gala tayangan perdana filem biografi ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’.
Hiburan

Rossa Terharu Terima Sambutan Luar Biasa Di Tayangan Perdana Filem All Access To Rossa 25 Shining Years

gempak
17/10/2024
11:49 MYT
Diva pop Indonesia, Datuk Sri Rossa meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang diterima sewaktu malam gala tayangan perdana filem dokumentari berjudul ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’.
BorakSeeni