Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Saya Menangis Setiap Hari…” - Sakit Sudah Pulih, Black Teruja Mahu Buat Comeback!

Umirah Halim 09/12/2024 | 09:55 MYT

Penyanyi Black memaklumkan bahawa dia sudah bersedia untuk kembali aktif menyanyi selepas selesai pembedahan ketumbuhan atau polips.

Mahu comeback

Bersyukur dengan ujian yang menimpa, Black menganggap perkara tersebut seperti peluang kedua buat dirinya bangkit semula.

Malah, dia juga sudah memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat iaitu berhenti merokok.

“Saya bersyukur terjadinya saya sakit ini memberi saya peluang kedua untuk comeback sebab saya dah lama berehat. Saya menangis setiap hari, bercakap pun tak boleh masa kena polips tu.

“Alhamdulillah, Vokal saya tiada masalah, saya sudah bersedia untuk nyanyi apa sahaja range lagu.

“Saya ada masalah GERD, vokal chord saya kena asid jadi sebab itu dia triggered dan saya kena acid reflux.

“Selepas pembedahan saya rehat tiga bulan dan bisu (tak boleh bercakap) dalam 5 hari. Selepas buat pemeriksaan selanjutnya, doktor kata saya dah 100 peratus pulih dan boleh menyanyi seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Muak Dengan Tuduhan ‘Cuci Duit’, Black Hanifah; - “Semua Aset Seperti Kapal & Villa Merupakan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Tuduhan 'Cuci Duit', Black Hanifah Hilang Kepercayaan Orang Terdekat - "Saya Tak Alami Kerugian..."

“Cuma cara saya bercakap dah kena ubah, sebelum ini saya guna teknik menyanyi dalam bercakap lepas ini saya kena terbalik. Dulu saya cakap kuat sekarang saya kena kawal cakap guna tekak sahaja.

“Beberapa sebelum pembedahan juga saya sudah berhenti merokok,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

Sementara itu, pelantun lagu Teman Pengganti itu juga teruja untuk beraksi di konsert Hitam Manis pada Januari depan.

“Saya tak sabar untuk konsert ini, saya tak pernah ada konsert besar. Konsert ini saya akan all out.

“Siapa yang datang konsert, insya-Allah dapat dengar balik suara saya sewaktu umur 20-an dulu,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Black hampir setahun tidak dapat memenuhi permintaan mengadakan persembahan berikutan ketiadaan suara akibat masalah polip atau ketumbuhan.

#Sakit #Black #comeback #Menangis #Pulih #hanifah
;