HIBURAN
“Saya Menangis Teruk Selepas…” - Wany Hasrita
Penyanyi Wany Hasrita mengakui dia tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan lagu baharunya berjudul Jahat disebabkan melodi dan liriknya yang berat dan beremosi.
Penghayatan lagu
Penyanyi berusia 32 tahun ini berkata, perasaan sebak bukan datangnya dari pengalaman silamnya sebaliknya penghayatan terhadap lagu itu yang meruntuh jiwanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Masih Sakit ‘Menahan Rindu’, Wany Hasrita Sentiasa Doa Dapat Tinggal Bersama Suami - “Kita Pujuk Hati Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita Dalam Fasa ‘Mom Guilt’, Sentiasa Curi Masa Untuk Bersama Anak - “Mungkin Dia Tak Faham Sangat Tapi…”
"Pada satu jam pertama sesi rakaman lagu, saya akui adalah tempoh kritikal kerana fikir apa yang mahu dibayangkan dan tak mudah. Saya kena gali bait-bait lirik yang menceritakan perjalanan lagu ini.
"Saya ambil masa mendalami lirik, akhirnya barulah menjadi. Ia bukanlah menyingkap pengalaman sendiri, sebaliknya memahami setiap bait lirik untuk memudahkan proses rakaman lagu, tapi itupun tak mencukupi.
"Mungkin sebab saya rasakan ini kali pertama saya membawakan lagu yang mempunyai melodi seberat ini. Jujurnya, perasaan saya ketika sesi rakaman bercampur baur.
"Saya menangis teruk selepas rakaman. Malah, ketika menyanyikan lagu ini pun saya sebak," kata Wany kepada Gempak.
Lagu Jahat menyaksikan kolaborasi pertama Wany bersama barisan komposer dari Indonesia seperti Audree Dewangga, David Elsandro, Andre Lizt dan Trakast.
Ruang & peluang
Wany berkata, kerjasama menghasilkan lagu 'galau' itu adalah satu ruang dan peluang yang baik buatnya selepas bergerak sendiri.
"Ini adalah 'baby' pertama selepas saya keluar dari syarikat rakaman lama. Sejujurnya, saya memang sudah lama menyimpan impian hendak menyanyikan lagu pop balada yang betul-betul 'galau'.
"Sebelum ini, saya sudah mencuba pelbagai genre dan saya rasa saya belum lagi mencuba lagu balada, jadi inilah masa yang sesuai. Kali pertama mendengar demo lagu terus jatuh hati," katanya.
Penghormatan besar
Jahat turut diangkat sebagai runut bunyi bagi drama bersiri, Pabila Dia Tersenyum terbitan Global Station Sdn Bhd itu disifatkan sebagai lagu yang membawa dimensi baharu kepada kerjaya seni Wany.
Wany berkata, pemilihan Jahat sebagai lagu runut bunyi Pabila Dia Tersenyum adalah satu penghormatan besar buatnya.
"Saya bersyukur lagu Jahat dipilih sebagai runut bunyi drama ini. la bukan sekadar peluang untuk lagu didengari, malah menyerap masuk dalam drama yang menyentuh hati," katanya.