Laman Utama
"Saya Mencari Seorang Lelaki Yang Simple" - Siti Saleha Tak Trauma Bercerai
Pelakon popular, Siti Saleha akui dirinya bersedia untuk kembali bercinta semula selepas kembali bergerak solo.
Mengakui pintu hatinya sudah terbuka semula, Siti Saleha Mohd Baharum, 32, menyatakan kegagalan terdahulu bukan penyebab untuk dia tidak kembali hidup berpasangan.
“Sudah pasti saya terbuka hati untuk kembali bercinta dan membina rumah tangga semula.
“Bukannya saya terlalu trauma selepas bercerai dulu sehingga tidak mahu berkenalan dengan orang lain, bukan sampai tahap sebegitu.
“Namun bergantung kepada pengalaman masing-masing, mungkin untuk saya lain kerana saya bersedia untuk move on dan bersedia mencari kebahagian baru,” katanya.
Ketika ditemui Gempak, Siti Saleha turut berkongsi kegagalan terdahulu menjadikannya lebih berhati-hati dalam memilih teman hidup.
“Kalau diberi pilihan untuk kembali bercinta, saya ingin mencari seseorang yang sangat simple.
“Selepas kisah rumah tangga yang lalu gagal, sudah pasti kali ini ingin lebih berhati-hati supaya kesilapan lama tidak berulang.
“Dalam masa yang sama, ada sedikit rasa takut, perkahwinan terdahulu mungkin ada beberapa silapnya, jadi untuk kali kedua, saya akan lebih berjaga-jaga,” tambahnya.
Berkenaan hubungan bersama bekas suami, Siti Saleha enggan mengulas lanjut sebarang isu kerana masing-masing hanya ingin menjaga hubungan baik sesama manusia.
Sebelum menamatkan perbualan, Siti Saleha sempat berkongsikan kepada Gempak bahawa pelbagai cara yang dilakukan untuk mengembalikan semangat hidup dalam dirinya.
“Untuk kembali pulih dari keadaan buruk yang pernah menimpa saya, saya dibantu oleh orang sekeliling saya seperti rakan-rakan dan keluarga yang banyak beri dorongan.
“Saya juga tenggelamkan diri saya dalam urusan kerja supaya saya dapat lupakan masalah-masalah lampau,” ujarnya.
Terdahulu, Siti Saleha sah bercerai dengan Ahmad Lutfi Azhar pada Januari lalu selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga