Penyanyi dan peserta Big Stage, Afieq Shazwan mengakui tidak berpuas hati dengan kualiti nyanyiannya dalam konsert minggu ketiga malam tadi.

Disenaraikan dalam tiga kedudukan terbawah dalam konsert tersebut, Afieq menjelaskan kualiti nyanyiannya terganggu mungkin disebabkan dengan keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik.

"Ya, saya akui tidak berpuas hati dengan nyanyian saya dalam konsert minggu ketiga ini, saya sedang mengalami demam, mungkin itu mempengaruhi pernafasan saya ketika menyanyi.

"Namun begitu, saya tidak mahu menjadikannya sebagai satu alasan dan penghalang, Insya-Allah saya akan cuba perbaiki kelemahan saya," kata Afieq.

Penyanyi remaja ini ditemui di konsert minggu ketiga Big Stage bertempat di Auditorium Majis Bandaraya Shah Alam pada malam tadi.

Pertandingan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini bersiaran secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).