"Saya Mengharapkan Saya Juga Syahid Seperti Mereka" - Gadis Paramedik Mangsa Terbaru Rejim Zionis

Elrafaei Sapi
Jun 2, 2018 10:18 MYT
Sudah banyak kali tentera rejim Zionis membedil masyarakat Palestin termasuk seorang anggota paramedik tempatan, Razan al-Najjar menjadi mangsa terbaru dibunuh penembak hendap Israel.
Gadis berusia 21 tahun ini juga merupakan sukarelawan badan kemanusiaan, My Care yang berkhidmat di Gaza.
Merujuk berita yang dikongsi menerusi akaun Instagram @mycare.hq, Razan meninggal dunia selepas ditembak di dada oleh penembak hendap Zionis ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza'a.
Apa yang menyentuh perasaan netizen adalah semangat yang ditunjukkan gadis itu untuk terus berkhidmat kepada masyarakat tempatan.
"Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan.
"Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka," katanya.
Penyanyi Faizal Tahir juga beberapa hari lalu berkongsi berita Gaza diserang jet pejuang tentera Israel.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @mycare.hq
#Palestin #My Care #Razan al-Najjar