Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Saya Mengkagumi Bakat Dia…”- Profesional, Ellie Suriaty Tiada Masalah Berlakon Bersama Bekas Suami

Syafiqah Jalal 22/05/2022 | 14:20 MYT

Pelakon dan pengarah, Ellie Suraity akui dia masih menjalinkan hubungan yang baik dengan bekas suami, Azri Iskandar meskipun mereka sudah berpisah.

Kata Ellie, dia telah pun berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan bekas suami, supaya memudahkan anak-anak mereka untuk berjumpa.

“Kami masih jalinkan hubungan yang baik meskipun saya dah pindah rumah lain, Tapi masih dekat. Seang lah untuk anak-anak datang kedua-dua rumah.
“Malah kami pun taka da isu berebut anak. Anak-anak pun dah besar mereka memahami dan matang serta bersikap pemikiran terbuka.
“Kami juga tidak bersikap untuk menghasut anak-anak untuk membenci sesiapa,” katanya kepada Astro Gempak.
Ellie dan Azri bercerai pada 17 Mei lalu dengan satu talak selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga.
Sepanjang perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.
Apabila ditanya adakah dia selesa untuk berjumpa dan bergandingan dalam mana-mana set penggambaran bersama Azri, Ellie memberitahu dia tiada masalah.
“Saya sangat mengkagumi bakat dia. Bagi saya lakonan dia sangat mahal dan orang lain tak ada apa yang dia miliki.
“Saya sangat professional dan tiada masalah untuk bekerjasama di masa akan datang,” jawabnya

#cerai #Ellie Suriaty #Azri Iskandar
;