Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini memohon maaf atas kekhilafan beliau berkait penjelasan berkenaan video tular dijamu durian baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan media, Mohd Rashid berkata, beliau memberi ulasan kepada pertanyaan media tanpa meneliti video tersebut.
"Saya mohon maaf di atas kekeliruan yang timbul apabila terdapat media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun dan saya menjawab soalan tersebut tanpa menonton sendiri video pada awalnya.
“Setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, barulah saya ada kesempatan untuk analisa video yang terkait pada saya," katanya.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama sehingga kini, beliau sering menerima aduan daripada pekebun kecil termasuk pengusaha sayur dan buah-buahan yang mengalami kesukaran menjual hasil tanaman berikutan jualan yang merosot.
"Setelah meneliti, salah satu video yang tular semalam merupakan lawatan saya ke kebun durian kampung yang diusahakan masyarakat setempat yang mana turut terkesan berikutan PKP ini.
"Kebetulan ketika itu terdapat lawatan kerja Datuk Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) ke Batu Pahat. Oleh itu, kami menghadiahkan durian kepada rombongan menteri untuk dibawa pulang," ujarnya.
Jelasnya lagi, selepas rombongan menteri pulang, beliau telah dibawa ke kebun salah seorang pengusaha pada sebelah petang bagi mendengar permasalahan yang dihadapi dan berbincang lanjut.
"Setiba saya di kebun, pengusaha kebun durian tersebut menghidangkannya kepada kami.
"Saya menjamah sedikit durian sambil berbincang dengan pengusaha kebun mengenai langkah-langkah bantuan yang boleh dihulurkan," jelasnya.
Sehubungan itu, Mohd Rashid berkata, kesediaannya memberi kerjasama kepada polis susulan kejadian itu.
Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, kertas siasatan sudah dibuka susulan satu laporan dibuat berkenaan video memaparkan aktiviti wakil rakyat itu sedang menikmati buah durian tular dalam media sosial.
Awani
Wed Jun 30 2021


“Dia Kena Hadap La Benda-Benda Macam Ini” - Sharnaaz Ahmad Anggap Noor Nabila Wanita Kuat
Insya-Allah Nabila kuat!

GV10: “I Didn’t Do Well At All…” - Aishah
Aishah akui persembahan kurang memuaskan.

Payudara Nadin Amizah Diraba: “Sungguh Merendahkan Martabat Saya…”
Penyanyi Nadin Amizah melahirkan rasa kesal dan marah

Siti Nurhaliza Back Up Liza Hanim, Sekolahkan Netizen! - "Peribadi Tak Baik, Hati Hitam"
Tak baik kutuk fizikal orang.

Gara-Gara Jadual Terlalu Padat, Gisele Bundchen Pernah Berniat Mahu Terjun Bangunan
Gisele akui pernah ada gangguan mental

"Pandemik Rosakkan Rancangan Saya" - Datuk Shake Balik Malaysia Bikin Konsert Di Zepp KL, Janji Nyanyi Lagu Tiga Bahasa!
Konsert Datuk Shake di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember 2023.

Senarai Tugasan Lagu Konsert Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza
Semak senarai lagu konsert kedua All Stars Gegar Vaganza!

Smart! Foto Pra Perkahwinan Noh Salleh & Fatin Athira Dapat Pujian Netizen
Memang cantik!

GV10: Ramai Komen Tentang Hos, Ini Jawapan Wakil Astro: “Kita Akan Bedah Siasat, Mungkin Ada…”
Meriah GV10 ada Nabil, Jihan dan Kak Lina.

Giliran Ustazah Asma’ Harun Tegur Aksi ‘Soft Porn’ Pasangan Selebriti - “Itu Perbuatan Maksiat Yang Berat!”
Semoga menjadi pengajaran.