BERITA
“Saya Menyanyi Bukan Kerana Hendak Tinggalkan Radio”- Haiza
Penyanyi dan penyampai radio Haiza nafi mahu meninggalkan kerjayanya di radio selepas muncul dengan single terbahru Young and Gentleman.
Haiza atau Rohaizah Nordin berkata dia masih sayangkan kerjaya penyampai radio dan dalam masa yang sama masih mahu menyanyi sebagai salah satu sumber pendapatan lain.
“Saya kembali menyanyi bukan kerana hendak tinggalkan radio, lagipun saya baru sahaja menyambung kontrak selama tiga tahun dengan Kool FM
“Sebelum ini pon saya sudah tahu sebagai penyampai radio yang mempunyai lagu seperti saya memang sukar untuk menembus stesen radio lain.
“Tapi kalau saya berhenti jadi penyampai radio pun, tiada jaminan untuk lagu-lagu saya akan dimainkan di stesen-stesen radio yang lain,” katanya kepada Gempak.
Haiza yang juga bekas bintang Gegar Vaganza 2 (GV2) itu ditemui selepas pelancaran single tersebut di pusat karaoke, Red Box, Garden pada Selasa.
Lagu bergenre dangdut itu merupakan ciptaan komposer serta penyanyi terkenal Aizat Amdan dan Mel Ramlan.
Penyanyi yang popular dengan lagu Dag Dig Dug itu dia masih memilih dangdut kerana permintaan yang ramai terhadap genre tersebut berbanding balada.
“Sebelum lagu balada orang hanya kenal di GV sahaja selepas itu bila saya buat lagu balada ia kurang menjadi.
“Itu yang menyebabkan saya kembali merakamkan lagu dangdut.
“Lagipun nama saya pun memang dah dikenali dengan lagu dangdut dan itulah genre yang selalu mendapat permintaan kalau membuat persembahan,” katanya lagi.
Terdahulu, Haiza pernah merakamkan lagu berentak pop balada berjudul Tentang Cinta pada tahun 2016 hasil ciptaan Asfan
Must-Watch Video