“Saya Menyesal…” – Ungkapan Pertama Penyanyi Aishiteru Selepas Ditahan Polis
Mya Amri
10/03/2019 09:49 MYT
10/03/2019 09:49 MYT
Vokalis kumpulan Zivilia, Zulkifli akui menyesal selepas ditahan Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya kerana didapati menagih dan mengedar dadah.
“Saya menyesal,” itulah ayat yang diungkapkan oleh Zulkifli selepas polis memberikan kesempatan kepadanya untuk berbicara di hadapan media.
Akui kekhilafannya, Zulkifli atau panggilan ringkasnya Zul juga pasrah dengan kejadian yang menimpanya.
“Ini sudah jalan hidup saya,” ujarnya ringkas.
Terdahulu, Zul ditahan di apartment Gading River View, Jakarta Utara pada 1 Mac lalu selepas polis menahan beberapa rakannya pada 28 Februari lalu.
Zul itu ditahan ketika sedang membungkus dadah jenis syabu seberat 9.5 kilogram dan 24,000 pil ekstasi.
BACA: Menagih & Mengedar Dadah, Vokalis Lagu Aishiteru Berdepan Hukuman Mati
Berdasarkan siasatan awal, Zul mengakui baru dua kali mengedar dadah.
Selain itu, polis juga memaklumkan, Zul berkemungkinan menjalankan jual beli dadah dari luar negara berdasarkan beberapa barang bukti.
Sumber: detiknews / Kompas.com