,
Hiburan

"Saya Meraikan Cinta!" - Komen Zee Avi Kononnya Lagu Baru Menyokong LGBTQ

Amri Hassan
13/09/2019
08:32 MYT
Penyanyi kelahiran Sarawak yang menempa nama di Hollywood, Zee Avi menegaskan lagu barunya berjudul Who Are U bertujuan meraikan cinta.
Yakin akan wujud komen-komen nakal apabila muzik video lagu terbabit menampilkan pelbagai kelompok komuniti, jelas Zee Avi dia tidak kisah apa yang orang luar terutama netizen ingin katakan.
"Saya meraikan cinta. Itu yang boleh saya katakan.
"Kalau netizen nak cakap apa mengenai lagu atau muzik video itu, saya ucapkan terima kasih sebab melaburkan tenaga untuk menaip komen-komen sedemikian.
"Terima kasih atas masa yang anda luangkan, video itu ada semua kelompok komuniti yang berani mempamerkan diri sebenar," jelas Zee Avi kepada Gempak.
Zee Avi ditemui pada majlis pelancaran lagu dan muzik video Who Are U di Umai Borneo Cafe, Damansara hari ini.
Malah, kata Zee Avi lagu itu juga ditujukan kepada netizen yang sering melontarkan komen dan kritikan negatif secara amnya.
"Orang cakap apa cakaplah. Pucuk pangkalnya bergantung pada diri kita sendiri untuk bertindak.
"Nak ambil hati dengan kata-kata orang itu terpulang tetapi bagi saya kita perlu lebih terbuka untuk mengendalikan kecaman itu.
"Semua yang ada dalam muzik video itu pernah kena kecam dalam pelbagai cara, saya pun pernah merasainya," tambah Zee Avi.
Antara individu yang ditampilkan dalam muzik video Who Are U ialah barisan personaliti media sosial seperti Faizdickie, Nandini, Nalisa Alia Amin dan model Alicia Amin.
Lagu Who Are U itu merupakan ciptaan sepenuhnya Zee Avi dan muzik videonya mendapat sentuhan teman-teman rapatnya.
Menarik mengenai muzik video tersebut, ia bakal dilancarkan serentak pada sambutan Hari Malaysia 16 September ini.
Malah, Zee Avi turut melancarkan 'filter Instagram' khas khusus sempena pelancaran lagu dan muzik video Who Are U.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luqman Faiz Kecewa Dituduh Songsang, Minta Henti Hantar Gambar Bukan-Bukan - “ Mak Saya Lahirkan Saya Elok”

gempak
07/11/2024
01:25 MYT
Menerusi satu hantaran  di TikTiok, Luqman atau nama sebenarnya Luqman Abd Halim Faiz, menyatakan dia tidak kisah dengan komuniti LGBTQ namun tidak akan pernah menjadi sebahagian daripadanya.
Hiburan

13 Tahun Tanpa Album, Zee Avi Tampilkan Band Baharu! 'Oyasumi Na Sayang' Lagu Bersama Karyawan Jepun

gempak
04/10/2024
04:35 MYT
Walaupun sudah 13 tahun tanpa album baru, Zee Avi kini sedang mempersiapkan album ketiganya.
Laman Utama

Geng Indie, TAPAUfest Kembali! Ini Aktiviti & Senarai Show Best Yang Korang Boleh Layan Di Lenggong Perak Nanti

gempak
02/09/2023
11:31 MYT
TAPAUfest kembali berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2023 di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak.
Laman Utama

Hampir 'Pekak', Zee Avi Pakai Alat Bantuan Pendengaran 13 Jam Sehari - "Bila Tak Pakai Rasa Sunyi Sangat Dunia"

gempak
15/09/2022
00:54 MYT
Pekak boleh dicegah
Laman Utama

“Rindu Nak Tengok Orang Menyanyi Bersama Dengan Bebas”- Zee Avi Nak Buat Konsert ‘Sebenar’!

gempak
09/06/2022
07:02 MYT
Zee Avi nak buat konsert!
Unitar