“Saya Merancang Nak Buka Restoran Dekat New York” - Akui Semakin Pulih, Chef Wan Sekarang Sibuk Berjalan
Asyraf Roslan
03/10/2024 21:55 MYT
03/10/2024 21:55 MYT
Selebriti Chef, Datuk Redzuawan Ismail akui dirinya semakin pulih sejak menerima rawatan kimoterapi bagi merawat kanser limfoma yang dihadapinya pada 5 Oktober tahun lepas.
Buka Restoran di New York
Redzuawan atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan berkata dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaannya serta merancang untuk membuka cawangan restorannya di New York.
“Setakat ini alhamdulillah, saya sihat.
“Berjalan je kerja, sekarang pun sedang sibuk menguruskan restoran saya, dekat lapangan terbang sahaja sudah ada 14 buah.
“Ada terfikir untuk buka di beberapa buah lokasi di Malaysia dan mungkin kalau ada rezeki saya nak buka juga dekat New York di Manhattan, semuanya masih dalam perancangan,” katanya kepada Gempak.
Tidak fikir soal pengakhiran hidup
Ayah kepada selebriti Serina Redzuawan dan Chef, Muhammad Nazri Redzuawan itu juga memberitahu sepanjang menjalani rawatan dia langsung tidak memikirkan bagaimana pengakhiran hidupnya.
Menurutnya, sebagai seorang manusia dia harus percaya kepada qada dan qadar dan tidak perlu hidup dalam ketakutan hanya kerana kanser.
“Saya memang tidak terlalu memikirkan tentang sakit yang saya hadapi.
“Mungkin sesetengah orang takut dan fikir kanser akan membawa kepada kematian namun tidak saya. Saya percaya yang saya lebih kuat untuk melawan penyakit itu.
“Saya percaya kepada qada dan qadar, jadi saya terima seadanya namun saya tetap menjaga kesihatan saya, ambil ubat dan sebagainya.
“Saya percaya kepada qada dan qadar, jadi saya terima seadanya namun saya tetap menjaga kesihatan saya, ambil ubat dan sebagainya.
“Kalau ditakdirkan kalah dalam perjuangan ini, saya tetap akan pergi. Saya pun bukan muda lagi,” ujarnya.
Chef Wan juga turut menasihatkan kepada mereka yang menghadapi kanser jangan takut dan terus berjuang untuk melawan penyakit tersebut.
Beliau ditemui Gempak ketika menghadiri majlis KULinary Awards 2024 yang diadakan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lepas.
Terdahulu, Chef Wan telah mendedahkan dirinya disahkan menghidap kanser limfoma pada 4 Ogos 2024.
Chef Wan berkata,dia telah menjalani ujian electrocardiogram (ECG) sebanyak dua kali dan doktor memaklumkan dia didiagnos kanser tersebut.