Dua minggu menghilangkan diri, selebriti TikTok, Ijam Petra akhirnya tampil mendedahkan situasi sebenar yang dilaluinya.
Kata Ijam, dia berdepan sakit misteri namun kini sudah semakin pulih dan boleh bangun biarpun masih perlu meneruskan rawatan.
"Pada siapa yang DM saya, saya minta maaf saya tidak sempat balas satu per satu. Terima kasih di atas doa semuanya, moga Allah bagi kesembuhan kepada saya dan juga Allah rahmati kalian semua.
"Saya minta maaf kalau saya ada salah silap. Dua minggu saya bertarung, dan alhamdulillah dah semakin ok dan boleh berjalan. Mungkin Allah uji saya sekarang ni.
"Kalau saya ada buat salah ke, saya minta maaf, kita ni manusia. Kadang-kadang kita tidak tahu. Kita rasa kita buat kebaikan tapi orang benci kita. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya minta maaf kalau buat orang sakit hati.
"Doakan saya, saya minta maaf. Mungkin kalau ini takdir Allah untuk saya, saya reda. Ujian saya, saya reda. Doakan saya untuk saya terus kuat. Alhamdulillah saya boleh bangun, jalan, boleh makan. Saya minta ampun sangat-sangat kakau saya ada salah silap," rayu Ijam.
Sementara itu, ada antara pengguna media sosial Twitter yang turut berkongsi tangkap layar daripada komen yang dibalas oleh Ijam sendiri.
"Memang kawan baik sendiri yang buat, Ijam tahu siapa cuma Ijam doakan dia dipermudahkan urusan," tulisnya.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/image-7.png)
Ijam sebelum ini terkenal di ruangan TikTok menerusi rangkaian video nasihat yang berunsurkan komedi berserta tagline 'risau kadang-kadang'.
![Amyra Rosli Bawa Watak Tak Tahu Asal Usul Dalam Bunga Salju | Singgah Set Amyra Rosli Bawa Watak Tak Tahu Asal Usul Dalam Bunga Salju | Singgah Set](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://s1.dmcdn.net/v/WWKQS1cTL9-qCoQbq/x480)
Amyra Rosli Bawa Watak Tak Tahu Asal Usul Dalam Bunga Salju | Singgah Set
Kalau korang nak tahu, #BungaSalju mulakan penggambaran pada bulan Ramadan 1445H/2024 yang lepas. Walaupun tengah panas dan berpuasa, mereka tetap berikan komitmen 100% bagi menjayakan drama bersiri ini. Demi kepuasan penonton, montaj pulak telah dirakam di sebuah rumah banglo yang telah lama ditinggalkan di ibu kota Kuala Lumpur.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BungaSalju Setiap ISNIN - JUMAAT, 6 PETANG di Astro Ria dan Strim Astro GO
Terbitan: Metrowealth International Group
Arahan: Ejump Mohd
Penulis: MIG Panel
Bersama dengan Amyra Rosli, Hisyam Hamid, Hariz Hamdan, Zul Huzaimy, Syad Mutalib, Ziema Din, Hasnul Rahmat, Zarina Zainoordin & pelakon-pelakon hebat yang lain..
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!
ATAU
Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! #sookaGotAll, strim semuanya sekarang: www.sooka.my
#BungaSalju #BamBamStudios #AstroGo #AstroBaharu #MasaBersama #MerapatkanKita #sookaMalaysia #sookaGotDrama