Laman Utama

"Saya Minta Maaf, Banyak Dugaan Sampai Tak Boleh .." - Amylea

gempak
Amri Hassan
26/02/2022
06:54 MYT
Sponsor Banner
"Saya Minta Maaf, Banyak Dugaan Sampai Tak Boleh .." - Amylea
Penyanyi Amylea Azizan akhirnya melancarkan lagu Melepaskanmu yang sudah diperam setahun sejak Mac 2021.
Memohon maaf atas kelambatan itu, kata Amylea, terlalu banyak dugaan yang dilaluinya sekali gus mengganggu kelancaran proses lagu terbabit.
"Lagu ini dijadualkan keluar pada Mac tahun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah industri kreatif mula dibenarkan beroperasi semula.
"Penulisan dan rakaman lagu ini pada tahun lepas dan semuanya sudah ‘backdated’ sebenarnya jadi lagu ini kita boleh katakan sebagai ‘flashback’ atau ‘throwback’ apa yang saya tulis berkenaan perasaan saya tahun lepas.
"Sebab tahun ini saya sudah sediakan lagu lain yang berbeza ‘mood’ dan ‘vibe’. Saya mohon maaf kepada peminat dan pendengar yang sukakan lagu daripada saya kerana perlu menunggu terlalu lama. Banyak sangat dugaan tahun lepas sampai tak boleh nak keluarkan lagu.
"Jadi apa yang boleh dikatakan, lagu Melepaskanmu adalah ‘opening act’ untuk beberapa lagi lagu yang saya tak sabar nak keluarkan. Jadi saya harap penggemar muzik Malaysia boleh memberikan sokongan kepada saya selepas lagu Kendati tahun lepas," katanya.
Dalam masa sama, Amylea berkata lagu Melepaskanmu menjadi karya terakhir sebelum dia berehat seketika dari menghasilkan lagu berentak balada.
"Lagu ini berentak balada sama dengan jalan cerita drama Khilaf Asmara yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Mungkin selepas ini saya akan berehat sekejap dengan genre balada. Bukan saya tak mahu untuk buat genre lain tetapi perlu ikut kehendak kepada kesesuaian drama itu, jadi ia masih lagi berentak balada dan saya harap orang boleh terimanya.
"Cerita berkenaan lagu ini sebenarnya sangat menarik kerana ia menceritakan berkenaan kekuatan, iaitu kekuatan selepas ditinggalkan dan kekuatan untuk melepaskan seseorang itu. Lagu Melepaskanmu ini lebih kepada rasa reda. Saya tahu ramai orang akan cakap ini adalah daripada kisah sebenar saya.
"Kadang-kadang cerita daripada kita ini adalah lebih kurang sama. Ada dugaan yang lebih kurang cuma ‘details’ sahaja yang berbeza. Jadi cerita dalam drama ini juga adalah refleksi daripada cerita yang terjadi dalam kalangan masyarakat yang mana skripnya diolah sebegitu.
"Kalau sedikit sebanyak ada menyentuh peribadi seseorang termasuk diri saya sendiri itu adalah kebetulan. Mungkin sebagai seorang penulis saya dapat ungkapkan berkenaan diri saya dan akan lebih memberi kesan dihati pendengar,” katanya.
Bercerita mengenai video muzik (MV) lagu Melepaskanmu, Amylea berkata ia memaparkan kesedihan yang ditanggung tatkala perlu melepaskan seseorang.
"Selalunya dalam MV orang nak kelihatan cantik. Tapi dalam MV ini dia sebaliknya. Walaupun di luar dia kelihatan bergaul dan berkawan dengan orang, tapi kesedihan disimpan dalam diri lain.
"MV ini lebih kepada lakonan yang memaparkan kesedihan, tertekan dan tidak bermaya. Pendek kata, MV ini memang paparkan kesedihan," katanya.
Sementara itu ditanya mengenai perancangannya untuk berkolaborasi dengan penyanyi lain, Amylea ada aturan tersendiri.
"Untuk kolaborasi memang ada dalam pertancangan tetapi tidak tahu bila dan untuk lagu mana. Cuma saya segan nak beritahu dulu sebab tak pasti sama ada jadi atau tidak yang pastinya ada satu kolaborasi saya dengan Kumpulan Masdo tapi itu terlalu awal untuk dipromosikan.
"Itu adalah satu kolaborasi untuk filem yang mana saya juga berlakon dalam filem itu," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024