Penyanyi Aina Abdul memohon maaf sekiranya busana yang digayakan pada malam Semi Final Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) disamakan dengan watak hantu Valak dari filem The Conjuring.

BACA: "Lambang Hati Wanita Yang Rapuh" - Pereka Fesyen Jelaskan Tafsiran Dres Hitam Putih Aina Abdul

BACA: Disamakan Seperti 'Nun', Lampin Pakai Buang & Burkini, Gaya Wany Hasrita & Aina Abdul Jadi Bahan Troll Netizen!​


Jelas Aina, baju rekaan Syamil Fazwan itu melambangkan seorang wanita yang sudah lama meninggalkan masa silamnya namun tampil semula untuk bercerita.

"Saya suka bereksperimen dengan fesyen. Sebenarnya, ada cerita di sebalik busana saya

"Busana ciptaan indah Syamil Fazwan ini menggambarkan saya sebagai seorang wanita yang sudah lama meninggalkan masa silamnya.

"Bila orang lihat saya dari busana terbabit, saya nak semua nampak saya sebagai wanita kuat yang datang semula untuk menceritakan apa yang dilalui dahulu.

"Sebenarnya, saya boleh agak orang akan samakan saya dengan watak itu. Saya minta maaf jika saya membuat orang lain seram," katanya berseloroh.

Menyampaikan lagu Semalam, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Aina sendiri ini berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).