VIRAL

"Saya Minta Maaf Buat Ramai Tak Selesa" - Kieda Crepe Ambil Tempoh Bertenang, Rehat Dari Media Sosial

Amri Hassan 26/06/2025 | 07:25 MYT
Usahawan dan pempengaruh Kieda Crepe tampil memohon maaf ekoran tular isu sensitif membabitkan jangkitan virus herpes awal minggu ini.

Jelas Kieda, dia tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak dan tidak terlintas untuk mempermainkan isu sensitif.

"Saya minta maaf kalau perkongsian saya baru-baru ini buat ramai tak selesa, especially isu kesihatan dan makanan.

"Saya akui cara penyampaian tu tak sesuai dan boleh timbulkan salah faham. Saya tak berniat untuk menjatuhkan sesiapa, apatah lagi main-main dengan isu sensitif," tulisnya di media sosial.


Dalam pada itu, Kieda turut memutuskan bakal berehat daripada media sosial dan segala urusan peniagaannya akan dikendalikan oleh pasukannya.

"Saya ambil serius feedback ini dan ambil masa untuk refleksi serta rehat sekejap dari sosial media. Buat masa sekarang urusan kedai akan dikendalikan sepenuhnya oleh team saya untuk pastikan semua aspek kebersihan dan kualiti dijaga.

"Terima kasih yang masih mendoakan dan menasihati dengan baik. Saya dengar, saya terima dan saya akan baiki," tambahnya.



Sebelum ini, tular di media sosial apabila Kieda mendedahkan bahawa dirinya dijangkiti herpes dan secara berseloroh menyatakan ia berpunca daripada ‘telur masam’ suaminya.

Susulan menerima kecaman hebat, suami kepada usahawan itu tampil mempertahankan isterinya dengan menjelaskan bahawa perkongsian tersebut hanyalah sekadar kandungan hiburan dan tidak mencerminkan realiti sebenar kehidupan mereka.
#Viral #Kontroversi #Virus #maaf #Kieda Crepe #Herpes #Hilmi Zaki