Bintang K-Pop, Chungha disahkan positif jangkitan virus Covid-19 hari ini.

Berita itu dikongsikan syarikat pengurusannya, MNH Entertaiment dalam satu kenyataan, lapor portal Soompi.

"Kami ingin memaklumkan artis di bawah naungan kami, Chungha disahkan positif Covid-19.

"Baru-baru ini, Chungha mengetahui dirinya mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif sebelum secara sukarela untuk melakukan ujian saringan.

"Pagi 7 Disember, keputusan ujian itu menunjukkan dirinya positif. Kesemua artis naungan dan kakitangan yang ada berjumpa Chungha sudah dan akan turut menjalani ujian saringan.

"Kami akan mengambil langkah yang sewajarnya sebaik mengetahui keputusan nanti," katanya.

Sementara itu, Chungha menerusi satu hantaran di forum peminatnya meyakinkan bahawa keadaannya baik-baik sahaja.

"Byulharang (peminat Chungha), saya kongsikan post di sini sekiranya anda bimbang jika saya mendiamkan diri.

"Saya minta maaf. Saya sudah cuba sebaik mungkin untuk berhati-hati, tapi mungkin belum cukup lagi. Saya akan kembali semula dalam keadaan sihat.

"Byulharang juga perlu jaga diri. Jangan bimbang, kita akan berjumpa tidak lama lagi," katanya.

Ekoran keadaannya itu, segala aktiviti seni Chungha terpaksa ditunda.

Penyanyi tersebut dijangka akan menerbitkan album QUERENCIA pada 4 Januari depan.


Sumber: Soompi