“Saya Minta Maaf” - Isu Curang Tak Padan Dengan Muka, Shuk Akhirnya Bersuara! Ramai Tak Faham Struggle & ...
Hanafis Haris
05/04/2022 22:59 MYT
05/04/2022 22:59 MYT
Pelawak Shuk Sahar tampil meluahkan perasaan berhubung kemelut rumah tangganya yang dikatakan sedang ‘bergolak’ ketika ini.
Menerusi satu siarang langsung di TikTok, Shuk akui dia sekali pun tidak pernah melenting dengan tanggapan orang ramai serta dan komen netizen terhadapnya.
“Saya sekali pun tak pernah melenting, aku terima guys,
“Orang kata Shuk curang, tak padan dengan muka, aku cuma nak korang fikir betul-betul life aku korang tak tahu story dia sepenuhnya, itu saja boleh cakap.
“Macam mana aku struggle, bila aku hilang semua macam mana aku try cari ruang.
“Mungkin kadang-kadang, silap aku nampak besar pada korang, aku minta maaf.
“Kalau rasa apa yang korang tengok tak suka di mata korang aku minta maaf,” katanya.
Tambahnya, dia memilih untuk tidak menceritakan kisah sebenar yang berlaku di media sosial.
“Untuk cerita sebenar sepenuhnya tentang diri ni, aku tak nak cerita di media sosial.
“Biar orang betul-betul kenal je tahu, Aku minta maaf, kalau korang rasa tak best.
“Malah di bulan puasa ini juga aku ambik kesempatan maafkan korang,” katanya.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Sera terus menjadi tanda-tanya selepas Sera mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.
Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.
BACA : “Yang Paling Penting Saya Fikir Untuk Diri Sendiri & Anak-Anak..” – Isteri Shuk Sahar Ulas Kehadiran Di Mahkamah Syariah