Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Minta Maaf Jika Ada Salah Silap” - Niezam Zaidi

Hanafis Haris
12/10/2021 15:30 MYT

Terpalit dengan isu dadah, pelakon Niezam Zaidi tampil memohon maaf atas kesalahannya.

Menurut Niezam, dia juga bersyukur apabila ramai yang masih memberikan kata semangat dan mendoakan terbaik untuk dirinya.

“Assalamualaikum semua, saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua.

“Saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu comment sahabat handai, media dan rakan-rakan seperjuangan melalui DM, Whatsapp, call dan sebagainya.

“Alhamdulillah,syukur pada Allah diatas apa yang terjadi & jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini, semoga Allah merahmati kalian,” katanya.

Jelasnya, dia ketika inimahu mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang komen mengenai isu tersebut.

“Buat masa sekarang,saya simpan apa-apa comment mengenai isu ini.

“Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati, amin,” katanya menerusi satu hantaran terbaru di Instagramnya sebentar tadi.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen termasuk rakan selebriti tampil memberikan kata-kata semangat.

Kebanyakan mereka menganggap kegagalan atau dugaan dihadapi Niezam ketika ini sebagai satu pengajaran untuk dirinya menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Terdahulu, Niezam bersama seorang pengarah dan penolong pengarah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar atas tuduhan memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, pada Ahad.

Ketiga-tiga tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Shazmeer Zamhari.

BACA: Pelakon, Pengarah Mengaku Salah Miliki Dadah! Berdepan Hukuman Penjara Selama…




#Viral #Mahkamah #Niezam #IsuDadah
;