Cef selebriti, Datuk Prof Chef Wan memohon maaf sekiranya teguran yang diberikan kepada pengacara GegarVaganza (GV4), Nabil dan Jihan membuatkan mereka terasa hati.
Kenyataan itu diberi oleh Chef Wan menerusi akaun Instagram (IG) sebentar tadi.
Menurut Chef Wan, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menghangatkan lagi isu tentang kelakuan dua hos tersebut ketika mengacarakan program berkenaan.
Permohonan maaf Chef Wan itu dibuat berdasarkan kenyataan IG yang dikeluarkan olehnya dua hari lalu.
Menerusi kenyataan tersebut, Chef Wan berpendapat Nabil dan Jihan agak keterlaluan ketika mengendalikan program tersebut.
Malah, Chef Wan juga menasihati Nabil supaya menjaga kelakukaannya ketika berinteraksi bersama bintang GV4 di atas pentas.
Chef Wan merupakan juri jemputan untuk konsert pertama GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Ahad lalu.
Terdahulu, Nabil teruk dikecam netizen apabila didakwa menumbulkan rasa tidak selesa kepada Hazami apabila dia bertindak memegang tengkuk bintang GV4 itu.
Selain itu, Nabil juga dikritik kerana gurauan yang dibuat ketika mengendalikan konsert pertama GV4 yang berlangsung pada Ahad lalu dianggap tidak kena tempat dan keterlaluan.
Selain Hazami, 11 lagi peserta yang bakal membuat persembahan pada malam tersebut ialah Aishah, Liza Hanim, Firman Siagian, Lan Kristal, Tia Jinbara, Elyana, Syura, Ferhad, Aqasha, Haida dan Raja Azura.
GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my