gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
Bintang Liverpool Diogo Jota Meninggal Dunia Nahas Jalan Raya, Dua Minggu Selepas Berkahwin
HIBURAN
Terdetik Rasa Nak Buka Tudung, Tapi Kilafairy Masih Ingat Allah - "Iman Turun Naik, Biasalah Manusia”
HIBURAN
Along Cham Dakwa Afreena Bersekedudukan Dengan Bekas Suami Kedua, Serah Bukti Rakaman Audio
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GEGAR VAGANZA 2021

“Saya Minta Maaf” - Ramai ‘Mengamuk’ Aweera Tak Jadi Juara GV8, Tuan Empunya Badan Akhirnya Bersuara!

Hanafis Haris
Hanafis Haris
25/01/2022
09:14 MYT
Sponsor Banner
“Saya Minta Maaf” - Ramai ‘Mengamuk’ Aweera Tak Jadi Juara GV8, Tuan Empunya Badan Akhirnya Bersuara!

Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Aweera tampil memohon maaf selepas gagal meraih di kedudukan tiga teratas di konsert final GV, Ahad lalu.

Menurut Aweera, dia faham mungkin ramai yang kecewa, namun dia sudah pun melakukan sehabis baik.

“Untuk semua penyokong saya minta maaf. Ye memang mungkin banyak kecewa sebab saya tak dapat top 3.

“Tapi apa saya boleh cakap saya sudah buat termampu dan terbaik.

“Saya akan teruskan perjalanan karier dan akan ada buah tangan terbaru.

“Doakan saya sustain, InsyaAllah,” katanya.

BACA: “Jiwa Rock Masuk Balada, Salah Rumah Lah” - Tok Ram Dedah Punca Sebenar ‘Kekalahan’ Aweera!

Tambah Aweera, dia juga meminta supaya peminat tidak menyalah keputusan juri.

“Bagi saya diorang semua professional dan saya berterima kasih atas nasihat diberi.

“Semua tu ilmu,” katanya.

Untuk rekod, pada konsert final semalam Aweera membawakan lagu membawakan lagu Beggin' (The Four Seasons) secara solo.

Untuk segmen duet, Aweera akan bergandingan dengan Liza Hanim untuk menyanyikan lagu Sepi (Aina Abdul).

Menerusi persembahan tersebut, Aweera meraih markah sebanyak 63.9 peratus dan berada di kedudukan terakhir.

Dalam perkembangan lain, Aliff Aziz, 31, menewaskan lima peserta lain menerusi mempersembahkan lagu Sampai Syurga secara solo dan lagu Dealova duet bersama Hafiz Suip.

Manakala segmen battle, Aliff berentap bersama Aweera menerusi lagu Bangun (Aman Ra).

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Penyanyi Nikki Palikat selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 beserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula milik Suki Low membawa pulang RM30,000.

BACA : Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza 8, Kaut RM100,000

Topic Berkaitan
#Viral
#Aweera
#GV8
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement