Viral
"Saya Minta Maaf Terlupa Diri" - 'Naik Syeh' Di Kaca TV, Sherry Alhadad Jawab Kritikan Aksi Tarian Guling Atas Lantai
Pelakon dan pengacara popular Sherry Alhadad memohon maaf atas aksi menari keterlaluan dalam satu rancangan televisyen yang disiarkan di saluran tempatan baru-baru ini.
Jelas Sherry, tindakannya itu hanya untuk menghiburkan dan tidak sengaja dilakukan hingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
"Saya tergelak dan terkejut juga apabila aksi tarian saya itu viral di media sosial.
"Saya seorang yang gemar menonton rancangan RuPaul jadi saya ambil roh lip sync battle itu untuk rancangan tersebut.
"Kadang-kadang saya lupa diri saya ni perempuan (ketawa). Saya pula seorang pelakon teater jadi saya suka memperbesarkan semua benda termasuk perlakuan apabila di pentas.
"Saya terlupa rancangan itu untuk tontonan awam dan 'naik syeh' apabila terlalu seronok menari.
"Jadi saya minta maaf saya terlupa diri dan harap isu ini tidak dipanjangkan lagi, cukuplah orang sedar itu kesilapan saya," jawab Sherry kepada Gempak.
Sherry yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen Geng di Pavilion Kuala Lumpur semalam memberitahu kekalahannya dengan pasukan lelaki dua tahun berturut-turut mendorongnya untuk beraksi sedemikian.
Dalam aksi terbabit, Sherry menari sambil menyanyi lagu Don't Stop Me Now (Queen) yang diputarkan hingga aksinya tariannya yang terbaring di atas lantai dianggap netizen keterlaluan.
Sementara itu, Geng merupakan naskhah pertama terbitan produksinya Perempuan Productions yang turut mengangkatnya sebagai pelakon utama bergandingan dengan Lisa Surihani dan Nadiya Nisa.
Geng mengisahkan tiga sahabat baik Isabella, Mariam dan Anita yang memilih untuk membawa haluan masing-masing selepas tamat persekolahan.
Bagaimanapun, mereka kembali bertemu disebabkan satu peristiwa yang mengubah kehidupan mereka.
Jadi, jangan lupa saksikan Geng mulai 18 Julai di Astro First Eksklusif (480).