Laman Utama
"Saya Minta Pengarah Dukun Diva Hantar Nama Ke Stesen TV Dulu Takut Tak Lepas…” – Nadia Aqilah
Pelakon Nadia Aqilah akui terkejut apabila diberitahu namanya terpilih untuk membawa watak Che Yah dalam drama bersiri Astro Originals, Dukun Diva.
Nadia berkata sebaik sahaja pengarah, Ariff Zulkarnain, menawarkan watak tersebut kepadanya, dia meminta agar namanya dihantar ke stesen televisyen dahulu kerana bimbang tidak lepas.
"Ketika menerima tawaran, memang saya minta pengarah hantar nama saya ke stesen TV dulu. Saya takut nama saya tidak lepas.
“Lagi pula isu followers sejuta pula memang tengah hangat diperkatakan. Tapi, saya terkejut bila Ariff Zulkarnain beritahu nama saya dipersetujui penerbit, penulis skrip dan dia sendiri.
"Saya macam tak percaya dan terus hubungi Ariff dan bertanya mengenai watak saya. Lepas Ariff beritahu mengenai watak Che Yah, saya terus bersetuju kerana Che Yah ini karakter dia sangat menarik,” katanya.
Tambah Nadia lagi, Che Yah dalam Dukun Diva adalah seorang wanita yang kuat dan tidak mudah mengalah.
“Che Yah adalah seorang pelakon yang tidak menjadi, tetapi dia seorang wanita yang tabah dan kuat serta berpegang teguh pada janji.
“Dia berjanji dengan kakak dia yang dia takkan pulang ke kampung selagi tidak bergelar pelakon popular dan dia kotakan. Tetapi, janji itu menyebabkan dia kehilangan kakak yang disayangi buat selamanya.
“Cabaran dalam hidup Che Yah bermula apabila pertama kali kenal dengan anak saudaranya Lola yang memang ‘nakal’. Tapi disebabkan sudah berjanji dengan arwah kakak untuk menjaga Lola, dia jaga juga walaupun hidup dia sendiri tak stabil.
“Macam-macam dilalui Che Yah dan Lola dan saya harap watak Che Yah dalam drama Dukun Diva ini bakal menjadi permulaan untuk 'penghasilan' watak wanita yang lebih kuat dan utuh," katanya.
Dalam apda itu, Nadia akui amat teruja dipertemukan dengan Eyka yang memegang karakter Lola dalam Dukun Diva.
"Menjalani penggambaran dengan Eyka, saya tak perlu tunggu masa yang lama untuk mencipta keserasian.
"Hari pertama penggambaran kami sudah saling berkenalan dan mudah serasi. Walaupun penggambaran terhenti disebabkan PKP 3.0, tapi kami selalu berhubung membuatkan jadi lebih rapat," katanya.
Selain Nadia dan Eyka, Dukun Diva turut dibintangi pelakon lain seperti Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon, Adlin Aman Ramlie dan Aloy Paradoks.
Ia turut dikuatkan lagi dengan penampilan istimewa beberapa pelakon terkenal seperti Che Puan Juliana Evans, Douglas Lim, Aziz M Osman, Sanjana Suri, Anas Ridzuan, Mat London, Fadhli Masoot dan Dee Al Hadi.
Drama siri 8 episod ini merupakan idea asal oleh pemenang anugerah Skrip Terbaik di Anugerah Internasional Motivational Film Festival Bridge of Arts (IMFF), Rusia pada tahun 2016 dan Lakon Layar Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015, Alfie Palermo.
Jangan lupa saksikan Dukun Diva di saluran Astro Citra setiap Isnin, jam 9.00 malam.
Must-Watch Video