Hiburan

"Saya Mohon Doa Semua Pihak" - Suami Didie Alias Dimasukkan Ke Hospital Gara-Gara...

gempak
Hanafis Haris
26/06/2020
08:33 MYT
Sponsor Banner
"Saya Mohon Doa Semua Pihak" - Suami Didie Alias Dimasukkan Ke Hospital Gara-Gara...
Suami kepada pelakon dan usahawan Didie Alias dimasukkan ke sebuah hospital selepas mengalami masalah pernafasan.
Menurut Didie, kejadian berlaku pada malam semalam selepas suaminya, Norisham Ismail secara tiba-tiba sukar bernafas.
"Suami kemudian dimasukkan ke hospital dan sekarang masih lagi dalam pemantauan doktor.
"Tidak pasti sama ada masalah jantung ataupun lain." katanya kepada Gempak.
Tambah Didie, dia juga memohon doa daripada semua pihak untuk kesembuhan suaminya.
"Sekarang suami nampak makin stabil, Alhamdulillah.
"Apapun saya mohon doa semua pihak supaya suami saya kembali sembuh dan cepat sihat," katanya.
A post shared by DiDie Alias (@ladydidiemsia) on
Untuk rekod, Didi mengikat tali perkahwinan bersama Norisham pada Mei 2009.
Sehingga kini Didie telah dikurniakan lima cahaya mata, hasil daripada perkahwinan sebelumnya.
Sementara itu difahamkan, Didie kini sibuk dengan progam bual bicara terbarunya 'Ladydidie Talkshow FB Live'.
Program yang bersiaran secara langsung di Facebook Ladydidie TV itu bersiaran setiap hari Jumaat dan Ahad pada jam 9 hingga 11 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024