Laman Utama
“Saya Mohon Doa Supaya Saya Sihat..” - Elyana Sambut Hari Lahir Ke-34 Serba Sederhana
Penyanyi Elyana meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada hari ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Elyana memuat naik sekeping foto bersama kek ulang tahun pemberian Tya Adnan untuk tatapan umum.
“5 Julai 2021, hari lahir saya yang ke-34 tahun. Saya mohon doa supaya saya dan keluarga sihat, jadi orang yang baik, panjang umur, diperluas pintu rezeki dan selamat dunia akhirat. Amin ya rabbalalamin,” tulis Elyana di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, dia yang memakai baju tidur dilihat meraikan ulang tahun kelahirannya bersama keluarga di rumah pada malam tadi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan dan doa agar penyanyi lagu Niat itu sembuh daripada kanser limfoma yang dihadapinya.
“Happy birthday kak Nana, semoga diberikan kesembuhan yang cepat,” tulis seorang wargamaya.
“Selamat hari lahir kak El. Semoga diberi kesihatan yang luar biasa, stay safe,” kata seorang wargamaya.
“Happy birthday. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan happy bersama keluarga tersayang,” ucap seorang wargamaya.
“Ya Allah, kau kurniakanlah sahabat kami ini dengan kesihatan yang baik, umur yang panjang, dikelilingi orang yang baik, murah rezeki dan happy selalu,” doa seorang wargamaya.
“Semoga seisi keluarga dikurniakan kesihatan berpanjangan. HB,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 17,000 tanda suka dan 800 komen daripada pengikutnya.
Minggu lalu, Elyana menjalani rawatan radioterapi bagi penyakit kanser limfoma yang dihidapinya.
Sekitar Disember tahun lalu, Elyana memaklumkan kanser tersebut telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.
Must-Watch Video