,
Laman Utama

“Saya Mohon Maaf Jika Ada Kesilapan Sepanjang Kenal” - Rhys William Disahkan Positif COVID-19 & Demam Denggi

Azwa Rahman
01/08/2021
04:40 MYT
Personaliti media sosial Rhys William memohon wargamaya untuk mendoakan kesihatan dirinya selepas disahkan positif COVID-19.
Lebih memilukan, Rhys yang kini positif COVID-19 kategori tiga turut menghidap demam denggi.
Malah, seluruh ahli keluarga termasuk isteri dan anaknya turut disahkan positif COVID-19.
Menurut Rhys atau nama sebenarnya Rhys William James, simptom yang dihadapinya agak teruk memandangkan dia berdepan dengan penyakit pneumonia ataupun radang paru-paru.
“Untuk pengetahuan semua, sejak minggu lepas saya dan keluarga disahkan positif COVID-19. Nasib baik isteri dan anak hanya ada sikit simptom dan selamat berkuarantin di rumah.
“Sebab simptom saya lebih teruk, sekali dengan pneumonia dalam paru-paru (Covid kategori 3) - atas nasihat doktor, saya masuk hospital untuk rawatan. Saya juga dapat tahu saya positif denggi sekali.
“Kepada semua rakan-rakan dan pengikut saya, saya ingin memohon maaf jika ada kekurangan ke kesilapan sepanjang kita kenal.
“Saya juga nak ambil peluang ni untuk ucap terima kasih kepada semua orang yang support saya. Covid is real guys. Please pray for me and my family. Stay safe semua,” tulis Rhys di laman Instagram miliknya.
Pemuda asal United Kingdom yang fasih berbahasa Melayu itu turut berkongsi sekeping foto dirinya yang kini berada di hospital.
Sementara itu di ruangan komen, bintang YouTube itu turut mendapat kata-kata semangat dan sokongan daripada rakan-rakan selebriti serta wargamaya.
Take care and get well soon brother,” komen penyanyi Fakhrul UNIC.
Oh dear, get well soon Rhys. You will get thru this ya,” ucap pengacara Yasmin Hani.
Kuatkan semangat Rhys. Pasti sembuh. Lawan dan bangkit,” kata seorang wargamaya.
Semoga Allah beri kesembuhan dan kesihatan yang baik buat Rhys sekeluarga,” doa seorang wargamaya.
Be strong Rhys. Semoga awak dan keluarga sembuh seperti sedia kala, amin,” tulis seorang wargamaya.
Get well soon, my prayers for you dari jauh. Stay strong,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Rhys mula dikenali menerusi blog ‘Mat Salleh Cari Makan’ dan menjadi tular kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Melayu.
Rhys jatuh cinta pandang pertama dengan Malaysia ketika bercuti di Kuala Lumpur pada tahun 2012.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Prank Pun Ada Caranya, Tak Boleh Sembarangan" - Rhys William

gempak
29/12/2022
12:50 MYT
Rhys William nasihat influencer jangan buat prank melampau!
Laman Utama

[VIDEO] Demam On & Off, Pelakon Ashraf Muslim Baru Sedar Diserang Demam Denggi

gempak
18/07/2022
06:00 MYT
Semoga kembali sembuh Ashraf Muslim
Laman Utama

Masih Belum Sihat Akibat Demam Denggi, Anna Jobling Tak Tahu Bila Boleh Keluar Hospital

gempak
25/04/2022
05:20 MYT
Anna masih belum sihat
Laman Utama

Nabila Huda Positif COVID-19 Buat Kali Kedua - “Sakit Kali Ni Teruk Daripada Yang Pertama..”

gempak
10/03/2022
04:35 MYT
Cepat sembuh Abil.
Laman Utama

“Bukan Nak Cipta Content, Boleh Rasa Badan Tak Sihat” - Positif COVID-19, Janna Nick Kongsi RTK, PCR Pun Kena Marah

gempak
26/02/2022
09:46 MYT
Kongsi buat test RTK dengan PCR pun kena marah... Aduh...