Hiburan
"Saya Mohon Maaf Jika Tersalah & Terkurang..." - Suami Lufya Minta Doakan Yang Terbaik
Suami kepada pelakon dan penyanyi Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz menjelaskan bukan caranya untuk membuka aib atau memburukkan mana-mana individu.
Menurut Hafiz, dia sebaliknya akan mengikut saluran yang betul demi menjaga hati ramai pihak.
Perkara itu dikongsi Hafiz menerusi satu posting terbaru di Instagramnya.
Jelasnya, dia juga tetap bersyukur walaupun ada sesetengah pihak melabelkan dirinya sebagai 'doktor biasa'.
"Ya, memang saya seorang medical officer di sebuah klinik kesihatan dan masih belum jadi seorang specialist, consultant mahupun head of department. Saya juga tidak dikurniakan kuasa luar biasa.
"Namun, saya tetap bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang, kudrat serta kekuatan kepada untuk merawat pesakit dengan ikhlas," katanya.
Tambah Hafiz, dia juga berharap orang ramai tidak terus membuat penilaian sendiri atas apa yang berlaku ketika ini.
"Doa yang baik buat kami. Semoga setiap perkara akan dapat kami selesaikan dengan cara yang terbaik.
"Saya ingin memohon maaf jika ada tersalah kata atau terkurang," katanya.
Semalam, Hafiz tampil memberi kenyataan ekoran ketidakhadiran ke sebutan permohonan cerai yang difailkan isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya.
Menurutnya, dia telah memaklumkan pihak mahkamah berkenaan ketidakhadirannya terlebih dahulu.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun.
Kisah pergolakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.