Hiburan

"Saya Mohon Semua Mendoakan..." - Ain Sufia Mohon Doa Buat Bapa Jalani Pembedahan

gempak
Asraf Aided
12/03/2020
10:07 MYT
Sponsor Banner
"Saya Mohon Semua Mendoakan..." - Ain Sufia Mohon Doa Buat Bapa Jalani Pembedahan
Pelawak dan pelakon Ain Sufia berkongsi tentang keadaan kesihatan bapanya yang tidak begitu baik dan terpaksa menjalani prosedur membuang batu karang di kedua belah pinggang.
Perkara itu dikongsi Ain menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Ain, bahagian kiri buah pinggang bapanya itu juga membengkak.
"Assalamualaikum, Umi Abah saya dah gerak dari Hospital Seremban ke Hospital Serdang dengan ambulance untuk pembedahan buang batu karang di kedua-dua belah pinggang.
"Bukan ada satu sahaja tapi banyak dalam buah pinggang dan sebelah kiri agak besar sehingga buah pinggang sebelah kiri membengkak.
"Abah juga ada kencing manis dan kini dan insulin," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Ain turut meminta orang ramai untuk mendoakan urusan pembedahan bapanya itu dipermudahkan.
"Saya mohon semua mendoakan urusan pembedahan Abah berjalan lancar dan dipermudahkan," tulisnya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari rakan artis dan para pengikut Ain di ruangan komen.
Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan mendoakan agar urusan pembedahan bapa Ain berjalan dengan lancar.
Assalamualaikum. Umi Abah saya dah gerak drpd Hospital Seremban ke Hospital Serdang dengan ambulance utk pembedahan buang batu karang di kedua2 buah pinggang. Bukan ada 1 je batu karang tu tapi banyak dlm buah pinggang dan sebelah kiri agak besar sehinggakan buah pinggang sblh kiri bengkak. Buah pinggang tak dapat menapis dgn baik sebab terhalang dek batu karang. Abah jugak ada kencing manis dan kini dah insulin ?... Saya mohon semua mendoakan urusan pembedahan Abah berjalan lancar dan dipermudahkan. Doakan selamat perjalanan pergi dan balik kedua orang tua saya. Selepas selesai pembedahan abah akan dibawa semula ke Hospital Seremban. Saya tak boleh nak pergi sebab bawak baby... ?? . Ada tambahan yg merisaukan saya lagi sebab dah ada penularan #covıd19 Di Seremban dan pastinya dia dikuarantin di Hospital Seremban HTTJ! ? . . Semoga Allah lindungi kedua ibu bapaku dan semua yg ada hospital drpd wabak penyakit, penyakit berjangkit.. ?? " . Rasulullah pernah bersabda ; " Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya ". . Jadi apa lah pilihan yg kita ada... Sama2 kita doa ?. . Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU dari penyakit belang, gila, kusta dan dari segala penyakit yang buruk/mengerikan lainnya ".
A post shared by Ain AWOK (@ainsufiaa) on
Sekadar info, Ain sebelum ini merupakan anggota kumpulan Awok dan pernah menyertai program komedi terbitan Astro iaitu Skool of Lawak pada tahun 2014 dan Projek Komedi Warna pada tahun berikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live