Pasti ramai yang kagum selepas melihat persembahan konsert minggu pertama Suara Viral daripada abang rider, Bobby ketika menyanyikan lagu Sumpah nyanyian asal Aina Abdul.

Bahkan, ketika itu, Bobby yang menyampaikan lagu tersebut turut mendapat pujian daripada para juri khususnya Misha Omar sendiri.

Begitupun, di sebalik penyampaian lagu tersebut, kata Bobby, ada kisah tersendiri yang membuatkan dia meminati Aina selaku idolanya.

"Saya mula minat dengan Aina Abdul sejak 23.8.2019. Ketika itu saya pergi menghantar barang di Publika. Sewaktu di sana saya nampak Aina tengan buat persembahan.

"Pada masa itu, saya tidak pernah mengenalinya pun lagi. Cuma saya kagum dia ada suara yang hebat. Saya tunggu dia habis menyanyi lagu Bahasa Inggeris dan kemudian sehingga lagu Sumpah.

"Sebelum ini saya lebih minat dengar lagu bahasa Inggeris. Itu yang saya kemudian cari info pasal Aina," katanya kepada Astro Gempak.

Abang delivery kita @bobbyanis88 dapat pujian dari juri kita untuk minggu pertama ni. Bobby bagi persembahan yang jujur @mishaomar cakap.⁣ .⁣ Tonton video persembahan peserta #SuaraViral dan undi untuk Suara Viral Paling Gempak sekarang di www.gempak.com/suaraviral⁣ ⁣ #SuaraViral⁣ #SuaraViral2020⁣ #BarulahOn

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Menurut Bobby lagi, dia sendiri bersyukur apabila diberi peluang menyampaikan lagu Sumpah di minggu pertama konsert Suara Viral.

"Saya memang nak sangat bawa lagu Aina, dan kebetulan dapat lagu Sumpah.

"Saya teringin nak bawa versi sendiri kerana suara saya ini counter kepada suara Aina yang soprano," katanya yang menjadikan Aina sebagai idolanya dalam dunia nyanyian.

Bobby bakal tampil di konsert minggu kedua Suara Viral pada malam ini dengan menyanyikan lagu Obses nyanyian asal Akim & The Majistret.

Sekitar rehearsal untuk lagu esok. . Maafkan saya kalau saya bakal menghancurkan lagu juri @akimahmad esok. . Banyak kelemahan saya dalam Genre Pop Rock tambahan, dah lama saya tinggalkan dunia Alternative Rock. . Maafkan saya jika saya tidak dapat memberikan persembahan yang baik esok. . ??? Mampukah saya memberikan persembahan yang baik esok? Saksikan dan sokonglah bobby esok Rabu, 24 Jun 2020 di saluran Astro Prima HD 105 dan 125. #SUARAVIRAL2020 #suaraviral #viralkansuaraanda

A post shared by Ahmad Anis (@bobbyanis88) on


Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

BACA: Suara Viral: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Minggu Pertama

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.