Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Saya Mungkin Boleh Tapi Not My Wife" - Terpalit Isu Aliff Aziz, Aliff Satar Kesal Dengan Komen Melampau Netizen!

Hanafis Haris 21/05/2019 | 11:23 MYT
Selebriti popular, Alif Satar kesal dengan sikap sesetengah netizen yang masih degil meninggalkan komen keterlaluan berkaitan isu rumah tangga Aliff Aziz yang berlaku baru-baru ini.
Seperti isu kecurangan Aliff Aziz sebelum ini, masih terdapat netizen yang keliru dan menganggap Alif Satar yang berlaku curang terhadap isterinya.
Menurut Aliff, biarpun komen yang diberikan oleh netizen itu mungkin dianggap sebagai gurauan, namun ia adakalanya agak keterlaluan dan bersifat peribadi.
"Gambar yang saya muat naik sebelum ini adalah sebagai reaksi terhadap komen sesetengah netizen. Saya boleh agak netizen akan serang Instagram saya.
"Mungkin niat mereka nak bergurau tapi kalau dah sampai ke laman Facebook isteri saya pun mereka serang, bagi saya itu dah melampau.
"Netizen perlu sedar tidak semua boleh terima gurauan kasar sebegitu, apatah lagi membabit hal rumah tangga orang. Saya mungkin boleh tapi not my wife la," katanya.
Menurutnya, kebanyakkan komen diterima di instragramnya juga berbentuk nakal dan berbaur penghinaan.
"Ada yang komen tak reti jaga bini, ada yang gelar saya bodoh sebab curang, benda macam ni la saya terima apabila ada yang keliru antara saya dan Aliff Aziz.
"Kalau dua tiga boleh lagi tapi bila dah 9,000 komen siapa boleh tahan," katanya.

??‍♂️

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Menjelaskan hubungannya dengan Aliff Aziz, Alif Satar memberitahu yang dia tiada masalah dengan selebriti tersebut, malah mereka pernah rapat ketika mula menempa nama dalam industri satu ketika dulu.
"Ramai tak tahu saya dan Aliff Aziz sebenarnya rapat sebab kami di bawah satu label. Malah saya pernah rekod lagu raya sekali dengan Aliff Aziz.
"Dengan keluarganya juga saya rapat, namun siapalah saya nak komen tentang hal rumah tangga orang, Allah SWT duga orang berbeza, kita punya pun tak tahu lagi.
"Saya tidak benci Aliff Aziz, tetapi saya benci apa yang dia lakukan itu saja," katanya ketika ditemui pada majlis amal Sinar Ramadan di Marina Putrajaya, baru-baru ini.
Majlis amal berkenaan dianjurkan bagi mengumpul dana bagi Komuniti Intervensi Dadah Malaysia (KOMITED Malaysia) dalam membantu golongan yang terjejas akibat salah laku dadah.
#Alif Satar #Alif Aziz #Curang
;