Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung deritanya.
Itulah situasi dialami pelakon veteran Roslan Salleh yang mengalami batuk berdarah sebelum menyambut Ramadan lalu.
Gempak sempat menghubungi Roslan atau lebih mesra dipanggil Pak Lan untuk mengetahui perkembangan terkininya.
Menurut Pak Lan, pada awalnya dia hanya mengalami batuk biasa, namun tidak menyangka ia kemudian berlarutan sehingga berdarah.
"Teruk juga batuk Pak Lan sebab darahnya likat dan boleh tahan banyak. Seminggu juga Pak Lan ditempatkan di hospital.
"Doktor beritahu ada jangkitan dekat paru-paru, tekanan darah pun rendah. Tapi Alhamdulillah tak teruk dan sekarang beransur pulih," katanya.
Menurutnya, dia kini tidak lagi seperti dulu dan hanya menghabiskan masa baring di rumah.
"Berjalan tu boleh tapi dah tak kuat. Kena berpaut dan adakalanya kena sorong dengan kerusi roda, faktor usia mungkin," katanya.
Jelasnya, apa yang dikongsi ini bukanlah untuk mengharapkan simpati, sumbangan atau derma.
"Hanya sekadar peringatan kepada kawan-kawan yang masih sihat.
"Kalau kita diuji Allah dengan nikmat kesihatan yang ditarik balik, hanya harapkan doa dan sokongan moral dari kawan-kawan. Itu lebih besar nilainya.
"Saya mungkin dah tak sihat macam dulu, tapi semangat masih kuat," katanya.
BACA: "Banyak Tawaran Berlakon Tapi Malangnya..." - Roslan Salleh Kini Penjual Daging Dendeng
Hanafis Haris
Tue May 19 2020
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.