Pelakon Sharifah Sakinah berharap agar penganjur Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2019 lebih peka dengan waktu rehat dan makan tengahari pada tahun seterusnya.

Menerusi sebuah posting Sakinah berkata pihak penganjur sepatutnya menghormati budaya dan agama orang lain.

“Saya mungkin bukan yang terbaik untuk bercakap tentang perkara ini, sebab saya pun bukanlah sempurna sangat…Tetapi saya harap akan datang kamu (penganjur) dapat memperbaiki jadual supaya waktu rehat dan makan lebih sesuai.

“Kita sepatutnya menghormati budaya dan agama. Tidak kira dalam industri hiburan atau pembinaan sekali pun. Waktu rehat yang sesuai sepatutnya bermula dari jam 12 tengahari sehingga 2.30 petang supaya orang ada masa untuk solat/ solat Jumaat.

“Harap-harap tahun hadapan tak adalah acara yang dijalankan pada waktu tersebut,” tulisnya.

Kenyataan Sakinah itu kemudiannya disambut positif oleh warga Instagram dan mereka menyokong pihak penganjur lebih peka pada masa akan datang.

I maybe not the best person to highlight this thing, coz i'm not religious or perfect but hopefully next year please schedule lunch & resting time properly. We should respect our culture and religion that applies to all industry from entertaiment to construction industry ke. All should take the appropriate break from 12pm to 2.30 to make time for Friday prayers. Harap2 next year pleaselah no events during these hours. Andddd its a wrap for KLFW!

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on