Pelakon Daler Yusuf memaklumkan nenek kesayangannya meninggal dunia.

Berita itu diberitahu Daler menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.

Menurut Daler agak sukar buat dirinya untuk menerima berita sedih itu namun dia reda dengan ketentuan Ilahi.

“Tidak mudah untuk menulis tentang hal ini. Namun saya ingin berkongsi tentang betapa hebatnya nenek saya.

“Ibu saya meninggal dunia ketika saya masih kecil. Oleh itu nenek saya telah menjadi ibu kepada saya. Dia adalah kekuatan saya dan selama-lama masih kekal seperti itu.

“Saya mungkin tidak tahu bagaimana rasanya kasih sayang seorang ibu tetapi saya yakin apa yang telah dia berikan kepada saya adalah lebh daripada apa yang dapat saya balas. Terima kasih dan syukur kepada Allah S.W.T untuk kurniaan ini.

“Mungkin nenek saya telah meninggalkan saya selama-lamanya hari namun doanya tetap ada untuk saya. Untuk setiap kejayaan Daler, mungkin disebabkan doa nenek.

“Untuk setiap kekuatan Daler merantau jauh dari rumah, ada kekuatan Ochajon yang Daler bawa bersama.

“Terima kasih atas segala-galanya yang nenek telah berikan kepada saya. Moga Allah tempatkan Ochajon disyurgaNya.

“Moga Allah redha dengan setiap kebaikan Ochajon besarkan Daler. Moga kita berjumpa lagi dalam syurga. Salam sayang untuk kekasih hati Daler. Al Fatihah,” coretnya.

Terdahulu, Daler Yusuf memaklumkan neneknya berada dalam keadaan kritikal selepas disahkan positif COVID-19 pada Rabu.

BACA: “Koma, Paru-Paru Dalam Keadaan Teruk…” Nenek Positif COVID-19, Daler Yusuf Mohon Doa Peminat

Menurut Daler juga, doktor memaklumkan keadaan paru-paru neneknya berada dalam keadaan teruk.