Hiburan
"Saya Nak Bawa Ke Sini Tapi..." - Kena Tahan Hospital, Anzalna Nasir Jumpa Anak Dalam Kereta Jer? Sedihnya!
Dimasukan ke wad sejak kelmarin, pelakon Anzalna Nasir mengambil keputusan tidak membenarkan anak sulungnya, Mohammad Eidress untuk melawatnya di hospital susulan kes penularan wabak virus yang melanda seluruh dunia ketika ini.
Anzalna sebaliknya mengambil pendekatan untuk hanya berjumpa Eidress di dalam kereta untuk 'melepaskan' rindu.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu posting terbaru di Instagramnya.
"Saya nak bawa dia ke sini, tapi sebab macam-macam virus sekarang lebih baik dia jauh daripada hospital.
"Dapat juga lepaskan rindu dalam kereta. Mata bertentang mata, usap kepala dia sambil minum susu. I love this feeling! Hilang segala sakit," katanya.
Pada yang tidak tahu, Anzalna telah dimasukan ke hospital sejak kelmarin selepas dikatakan telah terjatuh.
Perkara itu juga didedahkan Anzlna menerusi satu posting di Instagram.
"Saya masih di hospital. Eidress nampak saya jatuh depan dia semalam, terkejut dia.
"Dari menangis terus senyap, mak dia pula sambung nangis," katanya.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan supaya Anzalna kembali sembuh.
Malah, kebanyakan turut bersetuju dengan keputusan Anzalna yang tidak membenarkan Eidress melawatnya di hospital.
Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohammad Eidress pada 31 Mei yang tahun lalu.
Must-Watch Video