Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Saya Nak Ia Diperkatakan…”- Mahu Busana Dipakai Viral, Tapi Aina Abdul Elak Diparodikan

Syafiqah Jalal
24/02/2022 03:36 MYT

Selain suara dan persembahan yang memukau, penyanyi Aina Abdul sering menjadi perhatian dek kerana busana yang digayakan.

 

Bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36, Aina berharap kali ini busana yang digayakan tular kerana disukai tetapi bukan untuk diparodikan.

 

"Semestinya saya nak ia (busana) diperkatakan. Tetapi kali ini, saya tak mahu busana saya menjadi parodi yang membawa kesan buruk atau perbandingan tidak baik.

 

"Kali ini, pakaian saya adalah perlambangan kepada lagu saya. Saya fikir orang masih akan bercakap mengenai pakaian saya, tetapi dari sudut baik.

 

 "Jadi saya harap busana itu juga sesuai dengan pencahayaan dan elemen lain atas pentas kelak,"katanya kepada media dalam sesi sidang media virtual AJL 36.

 

Aina bercakap demikian selepas ditanya oleh Gempak mengenai busananya yang sering menjadi fenomena setiap kali membuat persembahan.

 

Bakal mempersembahkan dua buah lagu iaitu Sepi dan Nafas Cinta dendangan duet bersama Khai Bahar, Aina memberitahu apa yang penting segalanya nanti akan berjalan dengan lancar.

 

"Saya cuma harap orang ramai suka dengan pakaian saya dan doakan semuanya lancar. Tiada apa yang saya mahu selain persiapan dari kepala hingga ke kaki serta penyampaian vokal sesuai dengan busana.

 

“Apa yang penting bagi saya, mental kena okay sebab nyanyian saya bergantung kepada mental. Kalau mental lemah, suara juga akan ikut mengalah. Kalau okay, InsyAllah semuanya akan okay,” ujarnya

 

Aina bakal beraksi di pentas AJL 36 yang bakal disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 6 Mac depan.

#Viral #Parodi #Tular #AJL #Baju #Busana #Aina Abdul